Artis / Selebriti
” Sedap weh bacaan dia, hebat hafalan. Bertambah angau macam ni.. ” – Netizen

Video Qawiy Tebuk Al-Quran Pelantun Lagu Angau, Fahimi Rahmat Buat Ramai Kagum. Fuh Memang Padu Betul Suara Dan Bacaan Pun Lancar Siap Dengan Tajwid. Makin Ramai Lah Angau Lepas Ni, Hehe !!
Qawiy Aro antara content creator yang selalu mendekati para selebriti dan juga orang awam dengan cara dakwahnya tersendiri. Membuat content Tebuk Al-Quran, ramai yang sudah menjadi ‘mangsa’ Qawiy antaranya Shukri Yahya, Nadhir Nasar dan Amir Ahnaff.
Terbaru, pelantun lagu popular masa kini, Angau iaitu Fahimi Rahmat pula menjadi pilihan Qawiy. Meninjau akaun Instagram Qawiyaro, telah dimuatnaik video yang memaparkan Qawiy meminta Fahimi menyambung bacaan surah Al-Mulk ayat 5 sehingga ayat 9.
Fahimi pada awalnya agak malu-malu kerana kata Qawiy bacaan Fahimi memang sudah lancar dan pro. Mendengar sahaja suara Fahimi mengaji, Qawiy juga teruja dengan kelancaran Fahimi menyambung bacaannya itu. Bukan sahaja lancar, tajwidnya juga jelas kedengaran.
Santai sahaja Fahimi mengaji sambil tersenyum-senyum. Untuk makluman, ini kali pertama Qawiy dan Fahimi bertemu mata di luar. Sebelum ini mereka hanya membuat live bersama sahaja. Pada bulan Ramadhan kali ini, boleh lah warganet menonton live mengaji mereka lagi.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, lebih 23 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian oleh Qawiy ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Dahla hafal. Tajwid pun perfect.. Bagusnya… kt xsangka kan… jelesnya dgn org yg bleh menghafaz mcm ni.. kagum.. ”
” Dulu dia the faith under tarbiah sentap.. Adudud. Tak sia-sia la duk ulang lagu dia macam aku pun angau. Mantap adik-adik.. Teruskan perkara baik.. ”
” MashaAllah mantap anak2 muda.. nyanyi berlakon tp dalm hati ada ayat Quran. Saya cemburu. Moga menjadi contoh… bukan saja say Yes to SPM, tapi say to Al Quran juga.. ”
” Aku tak kenal sape fahimi ni. Tp lps tgk ni serius aku kagum. Hebat bacaan dan hafalan dia.. ”
” he was famous with The Faith before this, nyanyi lagu-lagu islamik. And hes background also from islamic school. The Faith asalnya di bawah pengurusan Tarbiah Sentap by Ustaz Adnin Roslan.. ”
” Lepas nie ramai laaaa yg angau ngan dia nie.. Baru betul-betul angau ni. Standby ler byk stich lepas ni dari gegadis.. selalu fahimi ngusik org.. ”
” Sedap wehhh bacaan dia, fuh tabik. Tkpe lah sesape yg nk angau dgn dia or lagu dia pun.. bertambah angau saya dengar Fahimi baca.. ”
Suara Fahimi menyanyi pun sedap, apabila mengaji lagi membuatkan ramai yang boleh lentok dengan alunan suaranya itu. Ini salah seorang artis contoh, ilmu Al-Quran tersemat di dada. Boleh menjadi inspirasi untuk anak-anak muda lain supaya mencintai Al-Quran, inshaAllah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Qawiyaro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral5 days ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ingat Amayan dah lawak, Cess lagi lawak rupanya. Bahasa baku pun ke laut dua beradik ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Jika laporan itu wujud, mengapa ia tidak dikemukakan kepada pihak keluarga dan pasukan peguam ? ” – Dato’ Zaharil
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Last-last anak-anak Bella sendiri yang bagi big hint. Menggelabah terus Didi, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Ya Allah, dia yang kehilangan anak tapi dia masih boleh bagi semangat.. ” – Ustazah Marhamah