Artis / Selebriti
” Sedap teruk suara dia.. ” – Komen Netizen

Video Janna Nick Terkejut Ketika Mendengar Nyanyian Peserta ICSYV Malaysia Yang Bernama Hazrul Alif Buat Ramai Terhibur. Sampai Terlopong Mulut Dan Terbeliak Biji Mata Janna Dibuatnya. Sedap Betul Suara Dia !!
Program I Can See Your Voice Malaysia telah memasuki musim yang ke 7. Program ini sememangnya mendapat sambutan dan dinanti-nantikan tayangannya setiap minggu. Untuk episod pada minggu lepas, Janna Nick telah menjadi penyanyi jemputan yang perlu mengenalpasti penyanyi sebenar atau penyamar.
Meninjau ke akaun Instagram TV3 Malaysia, video salah seorang peserta ICSYV iaitu Hazrul Alif telah memukau ramai orang dengan memperdengarkan suaranya. Hazrul telah dipilih untuk berduet dengan Janna menyanyi berjudul Mungkin Saja, nyanyian asal Janna sendiri.
Ketika Hazrul membuka mulutnya dan menyanyikan lagu tersebut, Hazrul telah membuatkan para panel tergamam dengan kelunakan suaranya. Siapa sangka lagu asal merupakan penyanyi perempuan boleh dibawakan oleh seorang lelaki dengan begitu baik.
Janna juga turut memuji nyanyian Hazrul kerana Hazrul mempunyai intonasi suara yang cukup merdu. Wah, memang memukau sangat. Perkongsian video ini telah menerima lebih lima ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Nk tgk blik kt mna ehh x sempat nk tgk smlm.. Lagu first dia nyanyi td lagu apa? Sedap sgt nk tgk balikk.. Sedap terox suara dia.. “
” Congratulations mantap suara dia.. Admin tak yah buat teruk sangat, lagu janna nick tu bukan heavy song pun.. Suka tngok janna comel pula tu mcm korea.. “
” Sedap tone dia. bkn senang nk nyanyi lagu janna ni. suare dye ade vibe Aliff Aziz.. rse tak puas dengar dye nyanyi,sedap sngt.. “
” Congratulations pilihan yang tepat.. bukan biasa biasa nyah.. Lawa janna nick.. comel pakai baju tu.. “
” Jannna mcm korea lh comell jr muka dia…psl pun cantikk manis.. Memang padu lah suara dia ni.. boleh jd penyanyi.. “
” Sedap suara dia.. semua terkejut dengar.. dengan saya di rumah pun terkejut dengar suara dia.. muka biasa biasa jer.. “
” Aku teka dia tkleh nyanyi.. rupanya boleh myanyi… suara tak seiring rupa.. tp suara dia sedap lah pulak.. boleh duet janna.. “
Untuk info, jika peserta yang berjaya mara ke pusingan akhir ialah seorang penyamar, beliau bakal memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM3,000. Manakala jika penyanyi sebenar mungkin akan berpeluang menyertai Alternate Records & Talents dan merakamkan single bersama komposer terkenal.
Silakan SHARE..
Sumber : IG TV3 Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Sumpah nangis dengar pesanan akhir Nurly untuk Lily. Sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral6 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Viral7 days ago
” Dia tiba-tiba nak belajar makeup sebab nak nampak cantik masa praktikal nanti. Dan dia ulang ayat tu lagi.. ” – Rakan Arwah Nurly