Artis / Selebriti
” Sedap suara Mateen, yang penting jari tu mainkan peranan.. ” – Komen Netizen
Video Thalita berduet bersama adiknya, Ariq Mateen menyanyi lagu Firman, Kehilangan ketika live bersama Vitaskin raih pujian ramai. Wah, sedapnya suara Mateen, ingatkan suara Thalita je sedap. Style sangat Mateen menyanyi sambil gerak-gerak jari macam tu..
Meninjau ke satu akaun Tiktok bernama Cizilani2, perkongsian sebuah video yang memaparkan nyanyian duet anak-anak Shuib Sepahtu iaitu Thalita dan Ariq Mateen ketika live bersama Vitaskin telah meraih perhatian ramai. Wah, kedua-duanya memang berbakat.
Kedua adik-beradik ini menyanyikan lagu berjudul Kehilangan yang dipopularkan oleh penyanyi dari Indonesia iaitu Firman. Sebelum ini kita selalu mendengar Thalita menyanyi sehingga mendapat jemputan untuk beberapa persembahan di luar.
Tetapi ternyata Mateen juga berbakat dalam bidang nyanyian dan boleh menyanyi dengan lenggoknya yang tersendiri. Bakat mereka ini diwarisi daripada arwah ibu mereka, Siti Sarah Raisuddin yang merupakan seorang penyanyi terkenal.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Dapat dilihat Shuib yang berada di belakang mereka berasa bangga dengan bakat yang dimiliki oleh kedua-dua adik-beradik ini.
Jom tonton video di bawah :
@cizilaniracuntiktok pandai nyanyi 2 beradik ni #thalita #mateen #shuib #dektanyanyi #mateennyanyi
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Mateen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Jari jemari mateen main peranan.. Sedap tau suara martin ni.. Wah, hebatnya.. comel mateen.. Mateen tu ade mirip Akim lah.. “
” Sedap suara 2 beradik ni… kena banyak latihan..insyaallah boleh jadi sehebat ibu dan ayah nya juga nanti.. best lah suara mateen.. “
” Suara mateen sedap macam arwah maknya vibrato paling mantap.. Bakat menyanyi arwah Siti Sarah menyerlah kpd anak anaknya.. “
” Mateen ni sbnrya dpt suara arwah ibu.. nak req mateen nyanyi lagu ST12, biarkan jatuh cinta, suaranya ngam utk lagu2 dari seberang, sebutan nya sgt unik.. “
” Sedap suara matin, yg penting jari tu mainan peranan, sama mcm arwah ibu nya nyanyi.. Fokus matin nyanyi , fokus jari matin.. “
” Adoii matinnnn haha both or them sgt berbakat.. Matin terbaik.. Boleh maju.. mateen tu kalau suara dia azan mesti alunan dia merdu .. suara dia.. “
” Marteen boleh berduet dengan talita lepas ni.. ya Allah kalo arwah ibu mereka masih ada mesti bangga… aku lg suka mateen nyanyi.. “
Wah, tak sangka Mateen juga mempunyai tone suara yang sedap seperti arwah ibunya. Semoga kedua-dua adik-beradik ini berjaya menjadi seorang penyanyi yang professional dan terkenal di dunia suatu masa nanti. All the best buat Mateen dan Thalita.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cizilani2
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” 2 kepala tapi sama je tingkahnya. Perangai masuk air dua-dua, comel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terbahak aku dengan random Amayan ni. Lawak lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara Yosh tanpa muzik ni lagi sedap dan menyentuh hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Menantu aku handsome, anak aku cantik.. ” – Ibu Erra Fazira

