Artis / Selebriti
” Sedap suara FD Izham, lepas ni bolah join karoke dengan Tengku Muhammad.. ” – Komen Netizen
Video FD Idzham Menyanyi Ketika Di Majlis Resepsi Raih Perhatian Ramai. Wah, Merdu Suara FD Idzham Ni. Bila Suruh Tengku Afzan Menyanyi Terus Malu-Malu Pula. Comel Sangat !!
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan majlis resepsi perkahwinan anakanda kepada Sultan Pahang iaitu Tengku Afzan bersama pasangan FD Idzham telah meraih perhatian ramai. Majlis pasangan diraja ini berlangsung selama 3 hari.
Apa yang menarik, dalam majlis resepsi ini FD Idzham telah menyanyikan lagu yang bertajuk Belaian Jiwa. Pasangan pengantin yang memakai persalinan serba putih ini menyanyi di hadapan para tetamu dan nampaknya FD Idzham seorang yang boleh menyanyi.
Ketika sedang menyanyi, FD Idzham menghalakan mikrofon ke arah Tengku Afzan agar menyambung nyanyiannya. Namun Tengku Afzan dilihat malu-malu untuk menyanyi. Akhirnya FD Idzham menyanyikan lagu tersebut sepenuhnya.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Keluarga Diraja Pahang ini juga sememangnya gemar menyanyi dan nampaknya menantu mereka juga boleh menyanyi.
Jom tonton video di bawah :
@qramarif ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA 22 OGOS 2024 | Istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan FD Idzham #perkahwinandiraja #royalweddingpahang #perkahwinandirajapahang #tengkuputeriafzan
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara FD Idzham. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Uishh sedapp suaraa FD Idzham. Tengku Afzan sweet la dia cam malu2 je.. tengku afzan senyum comellll betoll.. Suka tgk klu pengantin perempuan tu malu2.. “
” T.kasih adik awak kongsi majlis Anak tuanku… t.kasih swetts moga bahagia hingga ke jannah aamiin2, Kakak pulak senyum sorg.. “
” Comel ny tengku afzan.. Malu2 pla tu semoga berbahagia till jannah.. tengku afzan selamat pengantin baru fd idzham.. “
” Sedap suara baik punya.. kenapa aku dok ulang byk kali dan dok senyum sorg².hihii.. sdp suara Fd izham. lps ni blh join karoke dgn tengku muhamad.. “
” Fd dh boleh join karaoke dgn kekanda2 tg afzan sbb kerabat sultan pahang suka nyanyi.. wahh best suara pengantin lelaki.. “
” best nya.. Family sporting betul.. suka suka.. wahh menantu sporting boleh nyanyi jgk..hehe..happy la TAP.. betul2 membangkit mood temasya la geng belakang .. “
” Suka tgk character tengku afzan…tak tergedik2…soft je…dia pun xpernah over exposed..elok je ….tp bonda dia ni suka tul hiburan..hehe.. “
Nampaknya menantu Sultan Pahang ini juga pandai menyanyi seperti ahli keluarga yang lain. Semoga behtera perkahwinan pasangan diraja ini sentiasa berbahagia dan kekal sehingga akhir hayat. Selamat pengantin baru buat FD Idzham dan Tengku Afzan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hang nadeem
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti18 hours ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalah orang muda dia punya effort, love betul. Lain daripada lain lah Mr E ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kali ni bukan hint tapi pengakuan jujur terus Bella bagi secara terbuka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Takkan lah suara you macam Aina Abdul, diaorang takkan percaya.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Respect lah YB, dia sendiri kata dia kena jawab sebagai lelaki. Dah tak selindung lagi.. ” – Komen Netizen

