Artis / Selebriti
” Sedap-sedap suara semuanya. Tak sangka Jep, Rahim dan Angah pun power.. ” – Netizen
Video Cabaran Sambung Lagu Janji Padamu Oleh Exists Band Bersama Penyampai Radio Sinar, Jep, Rahim Dan Angah. Part Gitaris Along Menyanyi Tu Padu Lah, Tak Sangka Suara Dia Pun Sedap !!
Meninjau di akaun Instagram milik radio Sinar telah dikongsikan video yang memaparkan kumpulan Exists bersama penyampai radio Sinar iaitu Jep, Rahim dan Angah membuat cabaran sambung lagu Janji Padamu. Difahamkan kehadiran Mamat dan gitaris Along hadir ke Sinar untuk mempromosi Konsert Exists X Orkestra.
Menerusi video itu, pada awalnya Mamat merupakan orang pertama menyanyikan lagu tersebut. Selepas Mamat menyanyi, disambung oleh Along pula dan seterusnya Jep, Rahim serta Angah. Kelihatan Jep, Rahim, Angah begitu bersemangat menyanyi meskipun mereka sesekali melihat lirik di skrin belakang.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan yang suara kesemuanya begitu merdu membawa lagu ini dengan cara mereka masing-masing. Selain itu, ada juga memuji dan tidak menyangka yang gitaris Along juga boleh menyanyi dengan baik.

Sehingga kini, video ini telah menerima lebih 7 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram Radio Sinar. Suara Mamat masih maintain dari dahulu sehinggalah sekarang. Suara seorang legend, memang padu dan sampai ke hati nyanyiannya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sedap-sedap suara semuanya, tak sangka Jep, Rahim, Angah pun power.. Part Angah teringat cerita Adnan Sempit, haha.. Dia karok dkt kedai mkn tu. Haha.. “
” Lirik kat blakang rupenye.. Ingat knape duk toleh2 blakang.. Suara mamat memang power.. Best dengar suara semua, padu.. “
” Lorrr Along pun boleh nyanyi rupanya, boleh tahan suara.. Sedapnya suara Mamat.. Otai masih berbisa.. Semoga Exists terus maju jaya.. “
” Yg sebelum Angah tu sapa nama dia. Rahim ka. Sedap no sora dia. Hahahaa.. Lawak Angah tiba2 tak ingat lirik, hahaha.. “
” Rasanya Along mmg ada nyanyi juga dalam Exists. Dalam album jangan gentar, seperti dulu dengan Paragon kalau tak silap saya lah.. “
” Memang Mamat best ye lah original singer kan.. Tp kalau yg dj kan Angah bestttt.. Suara dia terus mengimbau filem Adnan Sempit, hehe.. “
” Uishhh lagu lejen, yang nyanyi pun otai2 lejennn semuanyaa.. Along masuk key 1 persatu walau gugup, hehe.. Vokal Mamat nj matainnn je.. Best g1la kut.. “
Untuk sekadar info, enam orang anggota Exist iaitu Ajai, Along, Musa, Ezad, Mamat dan Ujang bakal mengadakan Konsert Exists X Orkestra yang dijadualkan akan berlangsung pada 22 Disember 2023 nanti. Apa-apa pun semoga apa yang dirancang ini akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my, existsband
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti4 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sweetnya, aku ni dah sakit rahang ni dari tadi senyum tak habis-habis.. ” – Komen Netizen



