Artis / Selebriti
” Sedap namanya dan jarang orang ada nama macam ni.. ” – Netizen

Bekas Anggota Kumpulan Nasyid UNIC, Dr Fitri Haris Kongsi Gambar Serta Nama Cahayamata Barunya. Comel Dan Namanya pun Indah Maksudnya. Tahniah Fitri !!
Beberapa hari yang lalu, bekas penyanyi kumpulan UNIC, Dr Fitri Haris ada berkongsikan berita kelahiran cahayamata barunya. Ini adalah zuriat sulung Fitri menerusi perkahwinan bersama pengurusnya, Fazilah Omar setelah lama menduda.
Seperti yang dimaklumkan Fitri pada perkongsiannya sebelum ini, bayi ini terp4ksa dilahirkan awal dari tarikh jangkaan kerana Fazilah menghadapi mas4lah kesihatan. Kini di hari ke 5 usia bayi ini, Fitri berkongsikan wajahnya kepada umum.
Hasil tinjauan kami di Instagram Fitri Haris, telah dimuatnaik 2 keping gambar dan salah satu darinya mempamerkan wajah si kecil. Pasangan ini sepakat menamakan amanah Allah ini sebagai Bilal Habibi yang membawa maksud Bilal kekasihku.
Fitri juga turut berkongsi cerita bagaimana mendapat ilham untuk memberi nama ini. Turut memohon doa daripada peminat agar anaknya ini menjadi insan yang bertaqwa, Fitri berharap dapat mendidik Bilal dengan baik.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Alhamdulillah indah namanya, secomel empunya badan. Perkongsian daripada Fitri ini telah mendapat perhatian daripada peminat dan antara komen-komen mereka :
” SubhanaAllah hebat Nama Kamu. semoga Kamu jd seorang khalifah yg hebat utk agama seperti Nama Kamu . Anak yg soleh dan baik utk Abi & mama Kamu.. “
” Sedapnya nama dia, semoga membesar menjadi anak soleh. Comel sangat, bibir tu merah sangat. Tahniah buat Fitri dan El sekeluarga.. “
” Tahniah Angah, Alhamdulillah comel sungguh Bilal Habibi. Semoga Bilal Habibi menjadi anak yang soleh sebagaimana harapan abi.. “
” Comelnya, seindah namanya. Subhana Allah, semoga terus menjadi kebahagiaan buat Dr dan juga sekeluarga. Tahniah.. “
” Comel sangat, macam muka El ada, muka Fitri pun ada. Sedap namanya dan jarang orang ada nama macam ni. Semoga jadi anak soleh Bilal Habibi.. “
” SubhanaAllah comelnya Bilal Habibi. T1ba-t1ba terlintas lagu Bila bin Rabah. Lagu favourite zaman sekolah ni. Semoga membesar menjadi insan berguna Bilal Habibi.. “
” Alhamdulillah tahniah angah dan kak el, comel betul bilal habibi ni. Sempurnanya anugerah Allah, indahnya nama secantik paras rupanya. Mabruk jiddan.. “
Semakin meriahlah keluarga Fitri dan El dengan kehadiran Bilal Habibi. Antara nama yang tersohor dalam sejarah. Apa pun, semoga impian Fitri dan El untuk Bilal akan dimakbulkan Allah. Selamat berpantang buat El dan semoga semuanya berjalan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fitriharisofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen