Artis / Selebriti
” Sedap g1la gandingan mantap Kak Ziana dan Kepom. Ending tu merdu betul.. ” – Netizen
Video Elly Mazlein Berduet Bersama Ziana Zain Menyanyikan Lagu ‘Berpisah Jua’ Raih Pujian Ramai. Power Lah Dua-Dua, Padu Sungguh Gandingan Suara Dua Penyanyi Hebat Ini !!
Setiap minggu boleh dikatakan ramai yang menanti dan tidak sabar untuk menonton video nyanyian duet Elly Mazlein bersama artis jemputan di konti Era menerusi segmen carta Era 40. Pada minggu ini, artis jemputan adalah penyanyi terkenal, Ziana Zain.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun Instagram milik Era, beberapa topik diborak oleh Elly dan Ziana. Antaranya adalah mengenai konsert yang bakal Ziana adakan tidak lama lagi dan serta keistimewaan konsert tersebut buat peminat-peminat Ziana.
Menerusi satu posting lain pula, Ziana meminta para peminat di luar sana tidak membandingkan setiap penyanyi kerana setiap penyanyi mempunyai keistimewaan dan kelebihan mereka yang tersendiri. Manakala video ketiga memaparkan nyanyian duet Elly bersama Ziana membawa lagu ‘Berpisah Jua’ .
Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan suka mendengar gabungan suara kedua penyanyi ini. Sehingga kini video nyanyian Elly dan Ziana membawa lagu ‘ Berpisah Jua’ menerima ratusan komen serta puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai nyanyian duet Ziana dan Elly. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sedap g1la gandingan mantap Kak G dan Kepom. Ending tu merdu betul dengar.. Setiap minggu mesti tunggu nak dengar karok Kepom tau dengan penyanyi jemputan.. “
” Masing2 feel lebih sbb kebetulan kena dgn kisah sejarah sendiri.. Semoga yg baik2 buat penyanyi kesayangan ramai kak Ziana & kak kepom.. “
” Masing2 dgn tone tersendiri .. Mcm ni yg kita nak. Kak lina nyanyi lagu siapa pun tetap kita tau itu suara kak lina. Kak zz pon kalau nyanyi lagi tokti tetap suara zz n lenggok suara dia masing2 ada kelebihan.. “
” Part ZZ tak blh nk sangkal mmg hebat, tp kak Lina ni.. Serba blh.. Merdu jr suara.. Tiap2 minggu bagi je lagu apa pun, semua dia tapau habis.. “
” Sumpahhhhhhhhhh meremang dgar suara merdu jiwang seorg wanita.. etul wei kalau dgn senior2 artis kak lina terus jadi Elly Mazlein.. Terus terserlah kematangan dalam industri .. Lurve.. “
” Mantap beb, gandingan yang paling mantap.. Lagu ni memang sedap sangat dengar.. Kak G dari dlu smpai sekarang maintain je suara.. “
” Sedapnyaaaa dengar gabungan suara dua orang ni.. Suka love sangat lah suara Kak Lina, semua lagu masuk je suara dia.. “
Part last memang padu, patut lah ramai yang memuji. Semestinya suara Ziana tiada tandingan, begitu juga Elly, masing-masing mempunyai keistimewaan yang luar biasa. Apa-apa pun semoga Ziana mahupun Elly terus maju jaya dalam kerjaya yang diceburi mereka dan segala urusan sentiasa dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza