Artis / Selebriti
” Sedap dengar bacaan Aaisyah, pandai Aaisyah mengaji.. ” – Netizen
Video Anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana Mengaji Dipuji Peminat. Alhamdulillah Semakin Lancar Bacaan Aaisyah, Sedap Suara Aaisyah !!
Anak pasangan popular, Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 6 baru-baru ini. Membesar menjadi anak yang ceria, Aaisyah juga mewarisi kecantikan wajah Che Ta dan kekacakan Zain.
Pada usia ini, Aaisyah sudah pandai bergaya dan gemar berhias seperti mommynya itu. Meninjau akaun Instagram Aaisyah Dhia Rana, yang terbaru telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aaisyah sedang memperdengarkan bacaan surah An-Nasr.
Bacaan Aaisyah yang dipertontonkan itu kedengaran jelas sebutannya. Pada ruangan kapsyennya juga tertulis impiannya untuk bergelar Ustazah Aaisyah. Dengan wajah Aaisyah yang comel itu, pastinya akan meraih perhatian peminat. Video ini sudahpun merekodkan sebanyak 62 ribu tanda suka daripada para peminat Aaisyah.

Seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tidak mustahil impian untuk bergelar seorang ustazah boleh tercapai jika diasuh sejak kecil lagi. Pastinya bacaan Aaisyah ini menggembirakan hati Che Ta. Hai la Aaisyah, sejuk perut mommy mengandung, bakal ustazah cilik Insha Allah.
Jom tonton video di bawah :
Bacaan dan suara Aaisyah ini meraih perhatian dan pujian daripada peminat. Comel je sebutan Aaisyah itu dan antara komen-komen mereka :
” Alahai ustazahh nii comeyy tu ada eyeshadowww lagi.. Bestlah cantik.. Pandai lak tu Aaisyah mengaji.. semoga jadi anak solehah Aaisyah.. “
” Alhamdulillah. Pandai Aaisyah mengaji. semoga cepat khatam Al-Quran. cantik dan berakhlak mulia biar seiring ya sayang.. “
” Cantik dan pandai Aaisyah.. Wah sebutannya clear, alhamdulillah. Sedap dengar bacaan Aaisyah.. Pandainya Aisyah mengaji.. good job.. Dah lah cantik cerdik pulak tu.. Alhamdulillah.. “
” Wah comey sangat.. kenapa comel sangat Aaisyah.. pandainya dia mengaji.. sejuk perut mommy hang Aaisyah.. “
” Aunty doakan ustazah Aaisyah dpt lancar baca Quran dan khatam quran cepat ok. pandai dia ngaji.. Insya Allah ustazah Aaisyah.. “
” Boleh tak Aaisyah post lagi bacaan doa.. Pandainya Ustazah junior ni.. semoga jadi anak solehah Aaisyah.. “
” Alhamdulillah Aaisyah Dhia Rana.. Semoga jadi anak solehah, membesar dengan sempurna.. Aamin.. ni mmg win, dengan cantik bhijab, bljr mgji plk. Takde jln y trbaik lg slain cmni.. comel macam muka orang arab.. “
Alhamdulillah Aaisyah sudah semakin pandai mengaji dan bacaannya juga disukai peminat. Apa pun, semoga usaha Aaisyah ini sentiasa berterusan sehingga khatam Al-Quran. Kami di Berita Kopak berharap agar Aaisyah menjadi anak yang solehah dan impian untuk bergelar ustazah tercapai dewasa kelak. Aamin

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

