Artis / Selebriti
” Sebenarnya tiada perkara yang tidak baik seperti yang digembar gemburkan, cuma.. ” – Bella Astillah
Bella Astillah akhirnya dedah apa yang berlaku di sebalik kontroversi yang hangat diperkatakan oleh warganet mengenai dirinya dengan Mama YB Saddiq dan Ami. Ini sebenarnya yang terjadi..
Baru-baru ini ketika berlangsungnya Ironman Langkawi, tercetusnya satu kontroversi yang melibatkan pasangan sensasi, Bella Astillah YB Syed Saddiq bersama seorang staff Primavalet, Ami. Ianya menjadi berpanjangan apabila sebilangan netizen berbalas komen bersama Mama YB Saddiq di salah satu posting Primavalet.
Banyak spekulasi yang timbul dan ada yang menggelarkan Ami sebagai penyondol kerana dikatakan seakan mengambil kesempatan dengan menjalin hubungan baik dengan Puan Shariffah Mahani. Bella dan YB Saddiq mengambil langkah untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai isu tersebut sebelum ini.
Menerusi perkongsian terbaru Bella di akaun Instagramnya, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru Bella bersama mama YB Saddiq, kakak kandung dan kakak ipar YB Saddiq serta Ami. Semuanya kelihatan mesra menerusi gambar-gambar yang dikongsikan itu.

Di ruangan kapsyen juga, Bella menegaskan segalanya telah pun mereka selesaikan bersama-sama. Bella menjelaskan semua isu yang timbul hanyalah salah faham dan tidak benar. Ami bukan lah orang sebagaimana yang dikatakan oleh warganet dan memohon agar semua tidak lagi mengecam yang bukan-bukan.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 70 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Yg betul2 mengikuti bella atau BASS dia akan tahu dan paham diorang macam mana n Bella sendiri pon dah matang dalam hal ni.. “
” Alhamdulillah… I’m happy for you bella. Semoga Allah merahmati Kasih sayang ini hingga ke syurga.. “
” Yiiha!! Akhirnya bella buka mulut. Kita tau la Bella cane sedih bila org mula tudung jari sana sini. Tq bella tolong spill keadaan. Yess Ami dengan MR. M.. “
” Mmg sudah dijangka.bella pasti bersuara. waktu yg sesuai bila keadaan sudah reda. Alhamdulillah. Bella you’re the truly ironlady.. bangga dgn Bella and Yb please take care of her.. janji tau.. “
” Muka mama n bellaastillah ada iras .. gambar yb lastt.. mama shariffahmahani sgt baik orgnya walaj seketika jumpa di airport Langkawi. Same goes to bella sgt baikk.. “
” Betul tu kdg apa y kita nampak xsama mcm apa y kita fkir.. syukur..selesai secara privasi keluarga.. Alhamdulillah.. Semoga baik2 sahaja semua. Syukurlah segala yg kusut dpt dileraikan.. “
” MasyaAllah… Alhamdulillah… I’m tearing reading this Bella…. You such a beautiful angel inside & outside. Your kindness shining like a star in the darkest night… I prayed to Allah SWT for your happiness in here & day after…. Aaminn Yarabbbil Alaaminn.. “
Hati Bella sangat baik dan seorang yang matang dalam apa jua tindakan yang ingin diambil. Semuanya telah pun jelas dan semoga tidak lagi berbangkit isu ini di masa akan datang. Buang yang keruh dan ambil yang jernih, semoga hubungan dan ukhuwah yang terjalin ini sentiasa dalam lindungan Allah selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah, IG Primavalet
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti2 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah 8 bulan baru nak buat majlis akikah anak sebab.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen


