Artis / Selebriti
” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
Video gelagat Ammar Ahyan ketika menjadi penyampai anugerah bersama Sharifah Sakinah di pentas Gempak Most Wanted Awards 2025 buat ramai terhibur. Part Ammar cakap dia tak percaya umur Kinah tu kelakar. Ayat last lagi terkedu Kinah dibuatnya. Lawak lah Amayan, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik Media Hiburan, telah dikongsikan video yang memaparkan anak sulung Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan yang turut memeriahkan majlis Gempa Most Wanted Awards 2025 semalam. Kehadiran Ammar mencuri perhatian ramai apatah lagi dia tampil sebagai salah seorang penyampai anugerah pada malam tersebut.
Menerusi video itu, Ammar dilihat bergandingan bersama pelakon terkenal, Sharifah Sakinah di atas pentas. Pada awal ucapannya, Ammar sempat berkongsi cerita mengatakan sebelum bertemu Sakinah, dia ada membuat carian mengenai pelakon itu di internet dan terkejut apabila mendapati umur yang tertera adalah 36 tahun.
Mendengar kenyataan tersebut, Sakinah tersenyum lalu bertanya kepada Ammar sama ada dia kelihatan muda pada pandangannya. Suasana dalam dewan ketika itu dilihat santai dan penuh gelak tawa apabila Ammar dengan bersahaja memberikan jawapan tanpa berfikir panjang.

Ammar menyatakan bahawa Sakinah kelihatan seperti seusia kakaknya iaitu Sharifah Shahirah. Jawapan spontan itu membuatkan Sakinah terkejut, malah para tetamu yang berada di auditorium turut berdekah ketawa mendengar kenyataan jujur daripada Ammar.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video ini dan pelbagai kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aku rasa Ammar bukan nk kata Sakinah ni nmpk tua, tp nk kata Sharifah Shahirah tu yg muda, hahaha.. “
” Muka kinah nampak penuh harapan dengan jawapan Amayan tu, last2 punah harapan dia, haha.. Ingt Amayan cakap dia muda.. “
” Confirm Kakak dia berdekah gelak bila dengar Ammar cakap mcm ni.. Heehe bertabah lah Sakinah oiii.. “
” Amayan, kinah ada dua kakak, shiera dan lin.. Kakak yg mana satu, hahahahah.. 360drjah Amayan tapis ayatnye tknk hti tersinggung. Last2 kne jugak.. “
” Amayan kena ingat tau yg PUAN SAKINAH ne antara pelakon hebat pat Malaysia. Smua watak yg d bawak menjadi, haha.. “
” Bukan makin turun, makin naik umo tu hahaha ammayannn ammayann.. Berdekah aku dengar, lawak beb part ni.. “
” Kelakar amayan ni..hahahahhh..ingatkan na kata baru abis spm.. Ataupun sama umur amayan… Muka sakinah macam ada iras chacha maembong.. “
Tambah mencuit hati, Sakinah berseloroh bahawa dia menyangka Ammar akan mengatakan dirinya kelihatan seperti Oddah, anak kepada Sharifah Shahirah. Namun sebaliknya berlaku apabila Ammar menyamakan usianya dengan ibu Oddah sendiri. Ini menjadikan momen tersebut antara yang paling menghiburkan sepanjang majlis berlangsung.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mediahiburanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut, tolong daddy bila daddy tengah susah.. ” – Thalita

