Connect with us

Artis / Selebriti

” Sebab orang ingat awak pandai masak mee segera je. Ni saya tunjuk awak pandai masak masakan lain juga.. ” – Fattah Amin

Fattah Amin kongsi video Amira Othman sedang memasak di dapur ketika di Switzerland buat peminat terhibur. Amboi Fattah, suka betul mengusik isteri syurganya tu. Malu-malu Amira, menu biasa-biasa je katanya. Yang biasa tu lah boleh bertambah nasi berpinggan-pinggan.. 

Pasangan pengantin baru, Fattah Amin dan Amira Othman masih lagi berada di Switzerland buat masa sekarang. Tidak hanya sekadar percutian untuk berbulan madu, trip ini juga dijalankan photoshoot untuk beberapa produk mereka. Aca dan beberapa orang lagi turut sama dalam percutian sambil bekerja ini.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Imani Imtiyaz, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Fattah mengusik Amira di dapur. Amira sedang menyiapkan juadah mereka untuk makan malam. Kata Fattah, ini adalah liputan secara langsung Amira memasak di dapur.

Adat dalam musafir, menunya tidak lah sehebat berada di rumah sendiri disebabkan bahan masakan yang limited. Amira menyiapkan menu telur mata ikan bilis dan ianya nampak begitu menyelerakan. Resepi yang simple dan mudah untuk disediakan ditunjukkan satu persatu oleh Fattah yang merakam video ini.

Gelagat Fattah dan Amira mencuit hati warganet. Fattah suka mengusik Amira, Amira pula lemah lembut dan malu-malu wajahnya dirakamkan membuatkan warganet tersenyum sendiri. Senyuman bahagia Fattah itu turut terkena tempiasnya pada warganet yang menonton video ini.

Jom tonton video di bawah :

@imani_imtiyaz

2.30 pagi ekkkk kami reramai tgk Amira masak smpi lapar perut kami .hahahha. btahan je Tau xnk g ke dapur 🤭🤭 #amiraothman #fattahamin #switzerland live : Aca

♬ original sound – IMANI.IMTIYAZ – IMANI.IMTIYAZ

@imani_imtiyaz

Omeyyyy kak long memasak. dh tahu dh menu nk masak lunch hr nie…buat lauk yg aca n Mira masak. sedap betul. kol 3 pagi tgk dorang masa bbunyi2 perut #switzerland #fattahamin #amiraothman

♬ original sound – IMANI.IMTIYAZ – IMANI.IMTIYAZ

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Awak dah terpegang saya yea.. bersemut lagi nasi aku.. hais kenapa Amira panggil B Kita YG tgk berbunga hati.. “

” Bukan main ek bang long siap pesan bini dia ada wudhuk.. halah halah sayang angat ler tu. comelnya Amira ni lemah lembut betul.. Fattah nampak obses dgn isteri syurga. Mira mesti malu giler haha.. So sweet.. “

” Suka dengar fattah panggil Mira isteri syurga.. Fattah : eh dia ada wuduk.. Eh² kita plak yg sengih sorang2.. Weyyy… meriah betul kat dapur tu… seronok pulak tgk gelagat fattah kat dapur usik amirah.. “

” Seronok pulak tgok fattah mcm ni. Jarang tgok dia so leisure mcm ni.. kejap yang kejap bi ye kak long.. blom biasa lg la tu.. ishhh sweet btul la ek.. “

” Fattah to aca ‘eh dia ada wuduk’.. aca to fattah ‘memang tak laa aku pegang dia giler’ haha.. lawak betul dorang ni.. Setiap kali video dorang lalu, setiap kali tu lah aku tersenyum macam kerang busuk.. “

” Kejab B, kejap Yang. Kejap lagi kami semua gila haha.. aduhai..sabo je la diusiknya bini nak masak. Comel betul masak simple2 pun.. “

” Fattah backup bini dia BUKAN RETI MASAK MAGGI SEGERA JER. Dia backup tanpa buat posting bagai pun. Santai je cara dia backup isteri syurga.. “

” Sebelum netizen bersuara , fattah bertindak dulu.. .secara halusnya dia tunjuk sisi isteri dia bukan setakat tau masak megi je.. “

” Fattah dh pandai buat liputan… xhenti² bercakap… hahah… best nye enjoy je travel macam nie.. Sy ada wuduk b” . Bestnya ada partner mcmnie , mesti rumahtangga aman bahagia.. bagus AO, siap pakai stokin lagi.. “

Bagus Fattah menunjukkan kemahiran Amira di dapur supaya tidak ada yang berkata bukan-bukan kepada Amira. Bukan setakat telur mata ikan bilis, banyak lagi yang Amira boleh masakkan. Tentu ramai yang menjadikan resepi simple ini untuk hidangan di rumah nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Imani Imtiyaz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Jeruk Mangga Papa Laris
Handbag Daisy by Aliff Syukri

Trending

Copyright © Berita Kopak