Artis / Selebriti
” Sayang betul mama Ami dekat Tok Red, bahagia tengok.. ” – Komen Netizen
Video ibu Adira Suhaimi memeluk Dato’ Red ketika sambutan hari lahirnya buat ramai tersentuh. Sayang betul Mama Adira pada Dato’ Red, touching sungguh tengok..
Adira Suhaimi dan Dato’ Red antara pasangan yang sering mencuri perhatian warganet. Pasangan ini merancang untuk kembali mendirikan rumahtangga dan dijangka selepas sambutan hari raya Aidilfitri tahun hadapan. Hubungan Dato’ Red bersama keluarga Adira juga sangat akrab dan semua terbuka untuk menerima Dato’ Red.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Putehhhx, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Adira bersama ahli keluarganya yang lain menyambut ulangtahun kelahiran ibunya, Anna. Tidak perlu sambutan yang gah pun sudah cukup menggembirakan hati seorang ibu.
Tidak hanya Adira, Dato’ Red juga turut ada bersama. Adira menyerahkan hadiah berupa jambangan wang yang digubah kepada mamanya itu. Dato’ Red pula memberikan sejambak bunga untuk mama Adira. Gelagat spontan Mama Adira memegang wajah Dato’ Red dan memeluk Dato’ Red membuatkan ramai tersentuh.
Betapa sayangnya mama Adira terhadap Dato’ Red dan sudah dianggap seperti anak sendiri itu. Situasi itu menyentuh hati warganet. Sememangnya mama Adira menyayangi menantunya ini dan pastinya mama Adira gembira Dato’ Red masih setia menemani Adira.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@putehhhx #abgred #datored #datoredadira #abgredadirasuhaimi #adirasuhaimi #adirasuhaimireal
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Baik betul Keluarga ami, adikberadik ami smpai la ke ibu ami pn baik sgt² terima, Syg tok mcm ank sndri.. nmpk d situ Keluarga ami terima tok seadanya dgn baik, ikhlas, Smoga ami & tok dsatu kn smula.. “
” Salah 1 sbb ami pilih tok balik sbb mak ami sayang giler dkt tok red.. nanges berdarah air Mata skali pon tak Kan dapat dh mertua sebaik mama Ami.. you are so lucky tok ketua Kami.. “
” Igt lgi dlu adira bgtau dh 5 thun dorg x raya sma.. xbalik kg. Ya Allah.. wlpn bcerai tu pahit.. tp Allah dtgkn kemanisan dblkg. sesungguhnya hny Allah yg tahu.. “
” Ya Allah terharu sanagt2 sampai tak terasa, syg betul ibu ami dekat tok .. SMG kebahagiaan ini terus bekekalan sampai ke syurga happy birthday mama anna.. “
” Sayang betul fmly ami pd tok.. mama ami pn layan tok sgt baik.. smga Allah pelihara ksh syg mrk hingga ke jannah.. “
” MasyaAllah, indahnya kasih sayang keluarga Ami yang tetap teguh buat Tok Red. Benarlah, kasih sayang itu rahmat dari Allah, makin diberi, makin bertambah keberkatan.. “
” Happy utk tok red.. terbaik mak dn adik beradik ami.. Bahagia nya tengok.. semoga yang baik2 buat kalian.. “
Indah sungguh percaturan Allah untuk Dato’ Red, kasih sayang ibu Adira kekal utuh untuk menantu tersayang sampai ke hari ini. Sekali pun sudah tiada apa-apa ikatan dengan Adira, ibu mertua selamanya tarafnya kekal sebagai ibu untuk menantu lelaki mahu pun menantu perempuan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Putehhhx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara dia berdiri, gerakan tangan dia sebijik macam arwah ibunya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Awesome je Liza menyanyi, macam ni pun dah meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ooo Rosyam, candangan dia untuk i menikah dengan Fattah Amin tu.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen