Connect with us

Artis / Selebriti

“ Saya tenang, tak sabar-sabar.. ” – YB Syed Saddiq

Video respon Bella Astillah dan YB Syed Sadiq ketika ditanya mengenai perasan mereka ketika Bella dilamar di Gunung Kinabalu buat ramai teruja. Amboi YB Saddiq, tak sabar-sabar katanya. Ayat last YB tu sweet, melting dengar..

Meninjau ke akaun Instagram Era.je, perkongsian sebuah video yang memaparkan temubual YB syed Saddiq dan Bella Astillah ketika majlis pertunangan mereka tempoh hari telah meraih perhatian ramai. Pelbagai soalan ditanya oleh pihak wartawan yang ingin mengetahui lebih mendalam lagi kisah mereka.

Antaranya mengenai lamaran YB Saddiq yang dilakukan di Gunung Kinabalu. Menurut YB Saddiq, dia sememangnya sudah merancang untuk melamar Bella di puncak gunung. Tetapi disebabkan hujan lebat, mereka tidak dibenarkan naik ke puncak.

Selain itu, turut ditanya mengenai penerimaan anak-anak Bella iaitu Ayden dan Ara terhadap YB Saddiq dalam kehidupan mereka. Rupanya anak-anak Bella lah yang paling tidak sabar menantikan momen ini dan YB Saddiq juga amat menyayangi anak-anak Bella.

Netizen juga memuji cara Bella menyusun kata-kata yang disifatkan matang, tenang dan penuh adab. Tanpa berlebih-lebihan, Bella dilihat sentiasa merendah diri dan tidak lokek mengucapkan terima kasih. Sikapnya ini
menjadi pelengkap sempurna kepada personaliti YB yang lebih tegas dan straight forward.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Nampak x…susunan ayat bella sgt cerdik dan cerdas. Tenang, matang dan taklah gedik gedik sgt. Bella so sweet, keep cakap thankyou.. “

” YB in love sgt dekat bella. Nampak sgt². When a man loves a woman. I like u YB…xsemua mende manis kita kena share.. “

” Nampak yb happy betul yer lepas tunang ni, bella pn tak over .. bgus dak bella ni. YB dh nekad sjk ambang tahun baru ari tu dh..mmg betul dia tunaikan.. InsyaAllah akan di permudahkan urusan.. “

” Yg penting ayden & ara terpaling gembira sebab dapat keluarga yg sempurna. Ada daddy, atuk, tokma, uncles, aunties & cousins .. “

” I like his style very straight forward, kalo rasa tak nak kongsi tak perlu kongsi perkara yg intimate.. Bagus jawapan bella n yb tak perlu semua nk kongsi.. “

” Masih cover2 lagi ehehehe looking forward to hear both of them calling each other sayang publicly. So sweet ..lagi2 bila YB cakap “ till jannah”.. “

” Sengih2 smbil air mata mengalir AydenAra tak menyabo mcm daddy jugak la tu Bella tak sabar nak jadi family.. Till jannah…. aamiin ya rabbal Al aamiin.. “

Walaupun masih ada yang mengatakan mereka masih ‘cover-cover’ dalam menzahirkan rasa sayang secara terbuka, ramai sebenarnya tidak sabar menantikan majlis pernikahan mereka nanti. Apatah lagi dengan ungkapan ’till jannah’ yang diungkapkan, ia menjadi doa dan harapan ramai agar hubungan ini dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era.je

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sace Lady Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak