Artis / Selebriti
” Saya telah menyimpan saya punya benih untuk disenyawakan di hospital, tapi tak jadi kahwin.. “- DS Vida
Video Iqbal Zulkefli meminta maaf dengan DS Seri Vida di majlis hari raya di rumah DS Aliff Syukri. Fuh panas betul bila DSV ungkit isu tak jadi kahwin tu. Sampai terkebil-kebil Iqbal dibuatnya. DS Aliff pun makin cucuk jarum, huhu..
Usahawan bertaraf jutawan, Dato’ Aliff Syukri dan Dato’ Seri Vida sememangnya bersahabat baik. Umum mengetahui, beberapa tahun yang lalu, DS Vida pernah merancang untuk menikahi pembantunya, Ahmad Iqbal Zulkefli, namun sayangnya perancangan mereka itu tidak kesampaian dan hubungan cinta tersebut putus di tengah jalan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Papalarisbyaa, Noraine Basre dan Instagram Xtra, telah dikongsikan moment Dato’ Aliff Syukri menemukan kembali DS Vida dan Iqbal. Kata Dato’ Aliff, dia sengaja menjemput kedua-duanya ke majlis rumah terbuka ini kerana niat ingin mendamaikan pasangan ini.
DS Vida kelihatan masih menyimpan rasa tidak puas hatinya terhadap Iqbal. DS Vida juga mendedahkan, kerana memikirkan Iqbal mahukan anak, DS Vida menyimpan benihnya di hospital dengan harapan selepas mereka berkahwin, benih itu dapat disenyawakan.

Kecoh sesi live Dato’ Aliff itu dengan usikan rakan-rakan yang turut sama hadir antaranya Aeril Zafril, Umie Aida, Anas Zahrin, Ojen Aiwahh dan Erma Fatima. Iqbal juga secara terbuka memohon kemaafan daripada DS Vida dan menyuarakan hasratnya untuk berbaik dan berdamai.
Jom tonton video di bawah :
@papalarisbyaa Iqbal mahu berbaik dengan Dato Sri Vida?? #aliffsyukriterlajaklaris #shahidadherbs #dsv #datosrivida #papalarisbyaa
@norainibasre #ojennnaiwahh #datosrivida #jodohlebaran #norainibasre #binafshasweet
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Iqbal muka dah cuak wei haha.. Dah macam wartawan melodi pulak Dato’ Aiff Syukri ni. Dato ni dari dlu lagi ,suka mendamaikan silaturahim setiap kawan2 sekeliling ada masalah.Alhamdulilah.. “
” Semoga selepas dorang dipertemukan,fikiran masing² tenang.Lps ni xkan ada hal² yg menghantui fikiran.Kdg2 kita duduk santai²,tiba² yg sudah² tu masuk dlm fikiran…..semoga baik² sajer ok.. “
” Rasa mcm tgok melodi plk. tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi… Zaazzz hehe.. Niat murni utk silaturahim sesama islam..terbaik Datuk AlifSyukri.. berdamai lah dato vida, bermaaf maafan lah.. “
” Usaha yg sangat baik, membaikkn dua insan.. besar pahala org yg menyambung silatulrahim. tahniah dato.. Jodoh ajal dan maut dtentukn Allah. Maaf dan bemaaf harap dpt dselasIkn kedua belah pihak.. “
” Dah macam jejak kasih ni Dato’ Aliff hehe.. raya rumh dato aliff adalah podcast secara terbuka.. no more rahsia antara kita dan netizen.. “
” Kak Erma dpt idea dah tu nak buat drama hehe.. kecoh betul live semalam. aku gelak je tengok papa buat terjah dsv iqbal.. “
” Jadi akhirnya macam mana. mereka berdua dah berbaik kah. semalam live kecoh.. hahahahahaa.. “
” Dato’ Ali Sukri satukan mereka kembali mereka berdua sebenarnya masih ada rasa cinta sang Dato’ dan Igbal bersatu kembali kami doakan.. “
Usaha Dato’ Aliff untuk mendamaikan DS Vida dan Iqbal itu murni. Walaupun ada isu berbangkit yang dibongkar oleh DS Vida di sebalik rancangan perkahwinan yang tak jadi itu, semoga segalanya dapat diselesaikan dengan cara yang matang dan profesional oleh kedua-duanya. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Xtra, Tiktok Papalarisbyaa, Tiktok Noraine Basre
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

