Viral
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah

Perkongsian Ustazah Marhamah Rosli mengenai perjalanan akhir arwah Zara Qairina menyentuh hati warganet. Ustazah jadi saksi mata jenazah Zara selepas post mortem yang Allah muliakan. Sedih tengok gambar akhir sebelum Zara dihantar semula untuk disemadikan..
Ustazah Marhamah antara individu yang lantang bersuara dan paling awal membantu sepanjang kes Zara Qairina dilaungkan. Khidmatnya ikhlas dan dilakukan kerana Allah Taala. Ustazah Marhamah juga orang penting dalam memperjuangkan Justice For Zara.
Menerusi perkongsian di akaun Facebook Marhamah Rosli, telah dikongsikan satu coretan panjang pada hari ke 28 pemergian Zara. Ujar Ustazah Marhamah, dia menurunkan posting mengenai keadaan jenazah Zara yang dikongsikan sebelum ini kerana bimbang terjadinya unsur khurafat di kalangan masyarakat.
Pendakwah ini juga memaklumkan selepas post mortem kelmarin, dia bersama seorang lagi petugas hospital menyempurnakan proses mengkhafankan Zara dan dia saksi mata yang nyata mengenai keadaan jenazah Zara. Tambah Ustazah Marhamah, Allah memuliakan Zara dan dia akan simpan apa yang dilihat dengan kemas.
Sekeping gambar terakhir sebelum Zara dibawa pulang ke tanah perkuburan juga diabadikan menerusi posting ini. Tak terbayang perasaan pilu lebih-lebih lagi untuk ibu Zara kerana bakal berpisah selama-lamanya dengan anak tersayang. Walaupun jasad Zara sudah tiada, namun perjuangan ibu Zara tidak akan pernah berakhir.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulillah . terima kasih hamba yg baik.. sama2 kita doakan untuk keadilan zara.. walaupun kami tak kenal zara tp rasa dekat di hati kes zara ni.. “
” Semoga Allah permudahkan urusan Ustazah & team untuk menuntut keadilan buat Almarhumah Zara.. Justice For Zara sampai ke titik penamat.. “
” Semoga terus diberi kekuatan buat ibunda Zara.. Kita banyakkan berdoa sama2,banyak buat solat hajat.. baca yassin,buat tahlil untuk arwah adik zara.. moga dapat keadilan,semua dari Allah.. senjata paling kuat adalah doa.. “
” Terima kasih ustazah kerana setia menemani ibu arwah .. semoga ustazah diberi keberkatan dan semoga ada keadilan utk adik zara.. kmi dri kuching sarawak stand for zara.. justiceforzaraQairina.. “
” Ya Allah permudahkan semua nya… Moga mendapat keadilan buat Anak Syurga Ini Zara Qairina… Al- fatihah.. semoga si pelaku diheret ke muka pengadilan.. Terus kuat tabah ibu Zara.. “
” Kita menunggu result,moga ada keadilan buat arwah zara.. Trmakaseh buat kak Marhamah Rosli kerana dr awal lg setia dgan kluarga arwah zara.. kmi yg jauh sini hnya mampu berdoa dan tdak pernah putus mendoakan agar byk lg perkara yg blh d jdikan bukti² yg bisa merungkai segala persoalan yg blm trjawab.. “
” Moga segala usaha ustazah di berkati Allah… Trm ksh atas segala nya krn kami di semenanjung tidak dpt apa2 maklumat jika tiada ustazah … Ustazah menguruskan anak syurga … insyaallah berkat.. “
Segala usaha Ustazah Marhamah membantu ibu Zara dari awal sehingga kini sangat besar nilainya dan hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga team peguam, Ustazah Marhamah dan semua yang berjuang untuk keadilan buat Zara diberikan kekuatan dan dipermudahkan segalanya.
Silakan SHARE..
Sumber : FB Marhamah Rosli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Speechless, this beautiful reunion fills my heart.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Agak curiga, terbahak aku dengar ayat Amayan ni. Nasib baik tak syak wasangka, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ooo baru tahu itu sebab kenapa Ardell yang pergi, bukan suaminya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Berdentum wey bunyi dia. Elok pulak tu lepas baca Bismillah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Part ni pecah perut kami. Yang bestnya cameraman siap follow Pak Nil lari lagi, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Ini lah bapak mertua Hadie.. ” – Oddah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Mesti dia ingat peminat yang jerit-jerit nama dia, tu yang dan-dan buat macho tu.. ” – Datin Alyah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Lemak weyy suara anak bujang seorang ni. Tone macam Indonesian, gila sedap.. ” – Komen Netizen