Artis / Selebriti
” Saya sedih sebab saya dibuang, semua orang benci saya, buli saya, suka ejek saya cacat.. ” – Syafiq

Video Munaa Bella Tidak Dapat Menahan Tangisan Ketika Membaca Luahan Hati Dalam Diari Yang Ditulis Oleh Insan Istimewa Bernama Syafiq. Sebak Sungguh Dengar Ayat-Ayat Adik Syafiq. Kuat Betul Syafiq, Dia Pula Yang Tenangkan Munaa Menangis !!
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram era.je, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan pengacara dan penyampai Radio Era, Munaa Bella bersama seorang lelaki yang dikenali dengan nama Syafiq. Adik Syafiq merupakan seorang insan istimewa.
Difahamkan Muna bersama team Era telah hadir ke Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia untuk menziarahi adik Syafiq. Sebelum ini, kisah adik Syafiq ini pernah disiarkan di akaun Tiktok milik alfikrahmalayia. Untuk makluman, Adik Syafiq tidak mampu untuk bercakap dan tidak dapat mengekspresikan emosi dirinya. Hanya dengan pen dan kertaslah dapat dia meluahkan segala perasaannya.
Menerusi perkongsian di bawah pula, kelihatan Munaa berada di sebelah katil adik Syafiq sambil membacakan diari luahan adik Syafiq. Dapat dilihat Munaa tidak dapat menahan sebak ketika membaca ayat-ayat yang ditulis oleh adik Syafiq itu.
Antara ayat-ayat yang ditulis, Syafiq mengatakan dirinya sangat merindui adik-adiknya yang sudah besar dan ahli keluarganya. Selain itu, Syafiq mengatakan dia juga sering dibuli dan diejek cacat oleh orang lain. Perkongsi ini membuatkan ramai tersentuh dan mengalirkan air mata.
Tonton video di bawah :
Perkongsian video Syafiq di akaun Tiktok milik alfikrahmalaysia sebelum ini :
@alfikrahmalaysia Adik Syafiq sangat memerlukan kasih sayang semua terutama keluarganya. Tapi apakah daya, diri yang tidak mampu untuk bercakap dan tidak dapat eksprasikan emosi dirinya. Dengan pen dan kertaslah dapat dia meluahkan perasaannya. #pusatjagaanalfikrahmalaysia #kongsirezekibersamakami🤲🏻🥰 #syukurselalu #fyp #fypシ゚viral #rindukeluarga
Ramai yang tersentuh menonton video yang dikongsikan. Antara komen-komen netizen yang dapat kami kongsikan :
” Betapa kuatnya syafiq, dia tak nangis pun, tapi dia yang cuba tenangkan muna yang nangis.. Kalo dtg al fikrah.. syafiq mmg mintak tulis kata2 semangat utk dia dalam buku yg dia tu.. “
” Dia tak mintak lahir kt dunia jadi mcm tuu.. tolong la jgn buat mcm tu.. dia sama mcm kita ada hati dan perasaan.. sedih doo bile dengar luahan diari dia.. “
” Nampak dia happy tapi dalam hatii tak taw betapa sedih nya diaaa.. banjir aku tgh tunggu isyakkk.. tolong peluk n sayang dia.. “
” Syafiq nie baik orang nyer.. semoga syafiq kuat tau.. penah pi ziarah n kami wat keje amal.. menitis air mata, tgk ayahda n bonda.. “
” Tlg buat cerita kisah hidup dia n dia sendiri yg berlakon.. baca diari dia pun dah sedih.. apa lagi kalau masuk dunia hidup dia.. “
” Abg2 sana tlg peluk dia.. Potong bawang sungguhlah.. Semoga syafiq kuat semangat.. sebaknya hati ni dngr luahan hati dia.. “
” Semoga suatu hari, syafiq dipertemukan dengan seorang yang mampu menyayangi syafiq sepenuh hati. Amiin ya Allah. terus berdoa syafiq. Allah selalu dengar doa Hamba yang dianiaya.. “
Hati mana yang tidak sedih mendengar ayat-ayat luahan hati Syafiq yang dibacakan oleh Munaa. Sama-sama kita mendoakan segala kebaikan untuk Syafiq dan semoga Syafiq akan sentiasa dilindungi Allah selalu walaupun di mana Syafiq berada. Terus sabar dan kuat insan istimewa bernama Syafiq.
Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je, Tiktok alfikrahmalaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen