Artis / Selebriti
” Saya sebagai ore Kelate, approve. Mantap ahh, menyala Ning.. ” – Komen Netizen
Video soundcheck rehearsal Ning Baizura menyanyi lagu tugasan ‘Bae Sabo Bae’ untuk konsert Gegar Vaganza pada minggu ini. Wah bila Ning menyanyi lagu loghat Kelantan, macam ni bunyinya..
Konsert Gegar Vaganza 11 minggu ke 7 bertemakan Gwenchana bakal bersiaran pada malam ini. Pastinya kesemua peserta sedang berdebar-debar kerana lagu yang bakal mereka nyanyikan pada konsert kali ini di luar jangkaan dan menguji kekuatan vokal dan daya ingatan masing-masing.
Antara yang menjadi tumpuan adalah Ning Baizura. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Astro Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sesi soundcheck rehearsal giliran Ning. Sebagaimana yang semua sedia maklum, Ning akan membawakan lagu Cinta Setandan Pisang.
Lagu dalam loghat Kelantan ini sememangnya menjadi siulan ramai baik yang tua mahu pun muda. Ianya satu cabaran untuk Ning kerana loghat Kelantan memerlukan lontaran suara yang lembut. Tidak mudah juga untuk menghafal liriknya, boleh berbelit lidah.

Suara Ning kedengaran lunak dan merdu membawakan lagu Bey Soba Bey ini. Sebutannya jelas dan ramai di kalangan warganet yang berasal dari negeri Kelantan approve untuk nyanyian Ning ini. Pasti ramai geng negeri Kelantan akan menyokong Ning malam ini.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@astromalaysia Jom layan Gegar Vaganza 2024 setiap Ahad, 9 malam LIVE di Astro Ria atau strim di Astro GO dan sooka! #GegarVaganza2024 #GV11 #BintangKembaliMenyengat #AstroOne #fyp #JomUsha
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tak sabar kita nak tengok dia nyanyi full malam nanti.. ni 1st time dia nyanyi lagu loghat kelantan, ok dh tu.. “
” Mantap ahh menyala lah Ning.. pastinya sek sek Kelate sokong Ning malam ni. Tak sabar nak tengok Ning.. “
” Kelate approved, lulus dah tu.. nampak macam ning sedang menahan goyangnya. simpan utk live nanti.. “
” Saya sebagai ore Kelate, approve.. Kak Ning mmg explore habis. Dia sahut cabaran. Terbaik rrrr.. “
” Dari gv 1 sampai gv 11 saya layan… gv 11 satu satunya bagi peserta lagu kelantan…. lurved, good luck ning baizura.. “
” Hilang dah suara sparno Ning nyanyi lagu kelate.. dia jd lagu Hindi versi melayu.. sedap ning nyanyi macam ni.. “
” Love dengar suara ning ni.. ok jugak soprano bawa lagu kelate kan.. confirm best Ning malam ni.. comel sangat.. sedap didengar.. “
Baru soundcheck sudah menarik perhatian semua, tentu persembahan Ning malam ini lebih gempak. Cabaran yang mencabar dan semua yakin Ning boleh melakukan yang terbaik. Good luck Ning dan semoga dilancarkan urusan Ning untuk konsert Gegar Vaganza malam ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Astro Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti5 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti1 day ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aiyokkk Tokwi dah bunyi. Bapak sound halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain

