Viral
” Saya rindukan Walid, Umi dan adik-adik tapi mereka semua dah tiada.. ” – Putri Qisya

Perkongsian video keadaan terkini adik Putri Qisya (tragedi Sungai Korok) buat ramai tersentuh. Sebelum ni Qisya nampak tenang je, kali ni air mata Qisya tumpah jua. Allahu, sebaknya tengok..
Bukan mudah untuk menghadapi kehilangan ahli keluarga dan itu lah yang sedang dilalui oleh adik Putri Qisya, anak sulung kepada mangsa tragedi Sungai Korok, Jitra. Sekelip mata, Qisya kehilangan kedua ibu bapanya dan juga 4 orang adik-adik yang disayangi.
Pada perkongsian terdahulu, adik Qisya yang berusia 12 tahun ini kelihatan begitu tenang ketika menjawab soalan daripada pihak wartawan mengenai arwah ummi, walid dan adik-adik. Tiada setitik air mata pun yang tumpah dan Qisya kuat menatap satu demi satu jenazah ahli keluarganya itu.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Tiktok Shahril Yusup, telah dikongsikan satu video yang memaparkan keadaan terkini adik Qisya. Luarannya nampak tenang, namun dalam hati Qisya sedang berperang dengan kesedihan yang dia sendiri cuba untuk sorokkan dari pandangan mata orang lain.
Sebak melihat airmata Qisya jatuh dan pastinya saat ini, Qisya terlalu merindui suara Ummi dan Walid memanggilnya. Tiada lagi pelukan dan gurau senda bersama adik-adik dan Qisya kini sendirian. Air mata menjadi bahasa pada sebuah luka yang tidak berdarah.
Jom tonton video di bawah :
@shahrilyusup0 Replying to @q for qæ
@buletintv3 Ketika dikunjungi media siang tadi, Qisya dilihat tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selain lebih banyak tunduk serta berdiam diri. #BuletinTV3 #Tragedi #SungaiKorok
@sinarharianonline “Saya rindukan walid, umi dan adik-adik… tapi mereka semua dah tiada.” Itu luahan Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim, 12, satu-satunya anak yang terselamat dalam tragedi menyayat hati di Sungai Korok, Jitra, yang meragut enam nyawa ahli keluarganya serentak. Puteri Qisya kini yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa dan empat adiknya dalam kejadian tersebut. Dia kini menumpang kasih pada datuk, nenek serta keluarga terdekat di Kampung Bohor Karang. #sinarharian #beritaterkini #jitra #sungaikorok
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dah masuk fasa kesedihan.. habis fasa kesedihan, bermula la fasa kerinduan yg tak berakhir.. menangis la.. tapi jangan lama2.. cari kekuatan untuk bangun semula.. hidup perlu d teruskan.. jadi la anak yang baik doakan umi Walid adik2.. sampai masa kamu akan bertemu mereka dengan versi kamu yg terbaik d sisi Allah.. “
” Mula-mula kte tak rs ape.. tdiam.. seminggu lepas tu mula la rs rindu yg tiada penghujung.. rs sunyi.. dia anak yg hebat sbb Allah tahu dia hebat dia kuat lah Allah bagi ujian ni kat adik putri qisya.. akak doakan kamu dik.. “
” Dia lah anak pertama yg lihat susah senang ibu bapa dia.dan dia jugak yg rasa sakit ditinggalkan.kuatnya kamu si sulung. ambik la masa utk bertenang. qada qadar Allah kita tak boleh halang.dari sudut positifnya.. Allah sgt menyayangi keluarga kamu. berdoalah utk pahala mereka disana.. “
” Peluk jauhh untukkk awak sayangggg.. menangislah dik . Menangislahh jika itu yang boleh menenangkan hati awak . Akak faham perasaan tu . Sorang demi sorang pergi pun kita dah rasa sakit . Apetah lagi awak yang hilang semuanya dalam sekelip mata . Allahuakbar . Semoga Allah melindungi dan merahmati setiap langkah awak sayanggg.. “
” Menangislah sepuas hatimu Anakku.. jika itu membuatmu kuat.. Sabar Dgn ujian Allah.. pasti Ada hikmah disebalik ujian ini.. Redha Anakku.. Kamu Pasti Bersama Mereka Disyurga Allah kelak.. Aamiinn.. “
” Fasa terkejut telah pergi, kini tiba fasa kesunyian, kerinduan, kekosongan, sepi dan fasa ini mengambil masa bertahun² dan entah bila untuk pulih. makcik doakan , kakak kuat semangat. menangis la sepuasnya kamu layak untuk bersedih.. “
” Sekarang suasana rindu tawa adik beradik , panggilan dari Umie dan Walid tiade lg.. luaran nmpk ank ni kuat… tp hakikatnya….. dia tewas juga…. Ya Allah…. jaga lah dia.. berilah kekuatan buat ank ini.. “
Hati mana yang kuat melihat adik Qisya menangis seperti ini. Pastinya rasa rindu semakin mencengkam jiwanya dan kini hanya kenangan yang tinggal untuk Qisya mengubat rindu. Semoga Qisya diberikan kekuatan untuk mengharungi segala dugaan ini dan berjaya sebagaimana impian kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok ShahrilyusupO , Tiktok Buletintv3, Tiktok Sinarharian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti3 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen