Artis / Selebriti
” Saya pun sebenarnya dekat belakang tu macam agak takut.. ” – Nadeera
Video Nadeera Zaini akhirnya dedah situasi sebenar yang terjadi kepada Amad semasa di Grand Finale Talk To My Manager. Fuh dengan Nadeera pun seram menghadap situasi cemas tu. Misteri betul..
Walaupun sudah seminggu berlalu sejak peristiwa salah seorang peserta Talk To My Manager, Amad Dayyan rebah di pentas Grand Finale, ianya masih menjadi perbualan hangat warganet. Tidak hanya rebah, Amad juga kelihatan menanggung kesakitan di bahagian bahunya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nadeera Zaini bersama Hael Husaini tampil sebagai tetamu jemputan bersama Kak Lina di konti Radio Era. Pasangan duet ini hadir untuk mempromosikan lagu terbaru mereka berjudul Peluk.
Kesempatan yang ada digunakan untuk Kak Lina bagi menanyakan mengenai situasi Nadeera ketika Amad mengalami gangguan. Pada waktu itu, Nadeera sememangnya sudah bersedia bersama Amad untuk melakukan persembahan duet mereka.

Kata Nadeera, kejadian itu terjadi secara tiba-tiba. Padahal sebelum itu, Amad sangat ceria. Secara tiba-tiba bahu Amad menjadi berat sebelah dan terjadilah apa yang viral di medsos. Nadeera juga mengakui unsur mistik ini kejadian biasa dalam apa-apa jua pertandingan besar.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komne yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Takkde ke yg nk puji Nadeera how professional she was mase tu.. care dia support part2 yg Amad takleh bwk that time.. “
” Terima kasih Nadeera dan Hael. Semoga ada rezeki Amad Dayyan bekerjasama lagi dengan penyanyi dan komposer terbaik.. Terima kasih juga Kak Lina.. “
” Kesian tgk amad tahan sakit. rase lain macam sakit dia. wlaupon sakit suare sedap. kalau minggu lepas amad juara. dato ct buat konsert utk amad. suara amad nie mmng power. amad ttap number 1 dan gws.. “
” Nadeera so supportive and professional.. she taknak overshadow amad.. turunkan key lagu tu utk keselesaan amad.. “
” Kesiankan dekat amad.. sian dye.. budak kan.. biase la happy happy.. semoga takde pape2 kt dye.. In shaa Allah next time boleh duet lagi please. Suara Nadeera dan Amad power.. “
” Kuat sakitnya tu.. macam ada mahluk halus di bahunya seperti menggigit dan kuku nya tertancap di bahu. doa dari saya semoga cepat sembuh Aamiin.. “
” Tempat tu mmg keras bnyak org ckp.. yg dulu pun pernah kena.. Allahuakhbar.. apa yg terjadi pada amad,memang kesian.. bagus komen Hael, sangat profesional.. “
” Dunia org meniaga makanan dan artis paling bnyk jumpa terjumpa sihir.. Sy tak ckp dunia org kerja ni tak de sihir tp compare 2 dunia yg sy ckp tu,paling bnyk kita jumpa 2 dunia ni lah.. meniaga makanan dan dunia artis.. “
Hanya Amad yang tahu sekuat mana kesakitan yang Amad tanggung pada waktu itu. Apa-apa pun, semuanya telah pun terjadi. Diharap selepas ini tidak akan berlaku lagi pada Amad. Semoga suatu hari nanti Amad boleh berduet bersama Nadeera di atas satu pentas yang sama.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era FM, IG Siti Sairah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

