Artis / Selebriti
” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
Video pendedahan ekslusif Ezwan Zain mengenai kisah pertemuan pertamanya bersama Erra Fazira yang membuahkan rasa cinta curi perhatian warganet. Ini rupanya permulaan kisah cinta Erra dan Ezwan. Berlagak eh Mr E, last-last jatuh hati. Haha..
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Kasi Onz Channel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan podcast untuk episod 10. Episod ini akan bersiaran pada hari Jumaat nanti di saluran Youtube Kasi Onz pada jam 8 malam.
Menerusi video perkongsian ini, Ezwan berkongsi cerita mengenai pertemuan pertamanya dengan Erra. Ezwan yang bersahabat baik dengan penyampai Sinar, Falyq memberitahu Falyq menekan-nekannya untuk membuat jamuan petang untuk Sinar FM.
Kata Falyq kepada Ezwan pada ketika itu bahawa pada petang itu, Erra turut ada bersama. Ezwan turut memberitahu, dirinya pada waktu itu tidak kisah langsung dengan Erra. Namun lain jadinya apabila Ezwan terpandang wajah Erra pada majlis tersebut.

Erra yang mendengar ayat Ezwan hanya tersenyum dan mengajuk kembali ayat Ezwan. Di situ lah bermulanya Ezwan terjatuh hati tanpa sengaja terhadap Erra. Ianya juga disifatkan oleh Ezwan sebagai cinta pandang pertama yang akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hebatnya cinta pandang pertama.. shomel je dengar mr e cakap ‘ kauuuu’.. gurau dorang ni buat kita tersenyum sendiri.. “
” Kak Era nii tak boleh blah lawak nya tuu.. keadaan terharu pun boleh bertukar kelakar nya tuu… “
” Patut lah kak era tak mkn usia sbb happy-happy ja wlaupn hati gusar.. tetap nmpok happy mcm tak da masalah ja.. “
” Lama kami tunggu cerita cinta pandang pertama mr e ni dan falqy jadi mastermind hehe.. akhirnya terbuka jugak rahsia cinta EE ni.. ”
” Wah cinta pandang pertama.. okay Mr E dah mengaki yee dia yang jatuh cinta pandang pertama dulu pada Erra.. “
” Elehhh yeke haha.. lepas tu siap usha usha dekat PA kak Erra kannn.. berbintang-bintang mata tengok kak Erra first time hehe.. “
” Betul la kata Erra.. masa mula-mula jumpa mr E dulu, mata mrE dah berbintang-bintang.. penangan cinta pandang pertama rupanya.. “
” Amboi Mr E, konon apa nak dikisahkan dengan Erra Fazira. Sekali dah tgk muka Erra, amik kau, terus terkena panahan cinta pandang pertama.. haha.. “
Hebat sungguh penangan cinta pandang pertama, dari mata terus jatuh ke hati. Allah sudah takdirkan Ezwan dan Erra berjodohan. Falyq cuma orang perantaraan dan Allah yang memegang hati Erra dan Ezwan. Semoga rumahtangga pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG KasiOnzChannel, Tiktok Kasionzchannel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

