Artis / Selebriti
” Saya dah mula sayang dengan Kilauan Emas, tup tup masa saya dah habis.. ” – Roy Azman

Video Penjelasan Roy Azman Sebab Tersingkir Dari Kerusi Juri Kilauan Emas Raih Perhatian Warganet. Rupa-Rupanya Roy Dah Tahu Awal. Alaaa, Mesti Ramai Yang Rindu Roy Lepas Ni. Ini Sebabnya Roy Tersingkir !!
Untuk Kilauan Emas minggu ini, Dato’ Jalaluddin Hassan menjadi juri jemputan. Dato’ Jalal sememangnya akrab dengan Roy Azman kerana mereka sama-sama terlibat dalam siri Projek Bapak-Bapak. Comel sahaja Dato’ Jalal dan Roy saling menyakat antara satu sama lain.
Meninjau entry di akaun Instagram Astro Gempak dan Roy Azman, telah dikongsikan suasana ketika Dato’ Jalal mengumumkan siapakah yang bakal tersingkir pada minggu tersebut. Tiada peserta yang tersingkir pada minggu ini tetapi yang disingkirkan adalah juri sendiri iaitu Roy.
Menerusi perkongsian video di akaun Instagram f8buzz, Roy memberikan penjelasan kenapa dirinya tersingkir pada minggu ke empat ini. Menurut Roy, memang dari awal Roy telah menandatangani kontrak untuk 4 minggu sahaja. Ini kerana Roy akan terlibat dengan program Projek Bapak-Bapak tidak lama lagi.
Tambah Roy, dia dan geng bapak-bapak yang lain akan pergi ke sebuah negara pada 14 Oktober 2024 ini. Namun sebelum itu, mereka dikehendaki membuat persediaan bermula pada minggu hadapan. Oleh sebab itu, Roy bersetuju untuk menjadi juri Kilauan Emas selama 4 minggu sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Roy Azman ni hyper active kan walaupun dh berusia. 1st time tengok ‘peserta’ happy terkeluar haha.. “
” Lawak lirik kak kepom.. Sampai ke angkasa liriknya haha.. apa pun 1 family kita njoy tgk at umah.. “
” Peserta paling happy tersingkir ni haha.. Hahaha terlajak active lah thisisroyazman ni nanti tak pasal2 tergolek gedebuk lagi.. “
” Org lain klu terkeluar sayu.. tp thisisroyazman lain machiam vibes dia hahahaha.. Nasib tak terjatuh tangga, hati kau memang keras Roy.. “
” Padahal kan abng roy azman ni muda2 dia dlu bukan la pelawak tau dia belkon jahat dlu hahaha tpi dh beumur boleh bertukar jdi kelakar eak .. tgok laa jd juri pon kene singkir steady je diaa siap joget2.. “
” Hahaha tengok peserta tersingkir tak, Tengok juri abg roy tersingkir yaaa.. Ko bang org tgah menghayati sedih.. bleh plak ko gelek.. sempoi bang.. “
” Haha lawak la.. ini memang kelakar.. dia punya gedik tersingkir tu geram je kita tengok.. jarang juri yang tersingkir ni haha.. “
Menurut Roy lagi, dia begitu sayangkan program Kilauan Emas ini. Sekiranya dijemput untuk menjadi juri pada musim-musim akan datang, Roy tidak akan menolok. Pastinya ramai akan menrindui gelagat Roy di program Kilauan Emas. All the best untuk Roy dan semua yang terlibat dengan program Projek Bapak-Bapak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG f8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah