Connect with us

Viral

” Santai sangat nyanyi ni dik. Kalau orang lain dah nak putus urat tekak tarik tinggi.. ” – Komen Netizen

Video Persembahan Seorang Busker Bernama Puteri Solehah Buat Ramai Teruja. Fuh Macam Miming Tapi Suara Sebenar. Mulut Bukak Sikit Je Tapi Suara Punya Lah Power. Nada Tinggi Semua Puteri Tapau. Terpaling Santai Ni, Hebat Betul !!

Meninjau entry di akaun Tiktok cafe Are We Corner Taiping, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan nyanyian oleh seorang gadis bernama Puteri Solehah. Gadis ini menyampaikan banyak lagu nyanyian artis popular tanahair antaranya Ziana Zain dan Ella.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Puteri Solehah santai sahaja menyanyi sambil duduk di atas sebuah kerusi. Lagu yang dinyanyikan oleh Puteri Solehah bukan biasa-biasa kerana semuanya bernada tinggi. Antaranya Putus Terpaksa, Madah Berhelah, Hajat dan Pengemis Cinta.

Gaya Puteri Solehah menyanyi mendapat perhatian kerana mulutnya kelihatan kecil sahaja bukaannya, namun suara yang keluar tersangat padu. Sekali pun part yang memerlukan Puteri Solehah untuk menarik tinggi suaranya, namun dia tetap kelihatan santai sahaja.

Tiada langsung kelihatan dahi yang berkerut dan perubahan wajah pada Puteri Solehah. Jika kebiasaannya orang lain menyanyi part tinggi pasti akan berkerut wajah tetapi tidak pada gadis ini. Keistimewaan dan bakat yang dikurniakan Allah untuk Puteri Solehah. Bukak mulut sahaja, sudah kedengaran sedap suaranya.

Jom tonton video di bawah :

@arewecornertaiping

Replying to @peterpacker89800 PUTUS TERPAKSA COVER BY ADIK @L E H A #putusterpaksa #putusterpaksazianazain #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fypシ゚viral #support

♬ original sound – Are We Corner Taiping – Are We Corner Taiping

@arewecornertaiping

Replying to @amly7985 #madahberhelah #madahberhelahzianazain

♬ original sound – Are We Corner Taiping – Are We Corner Taiping

@arewecornertaiping

Replying to @Bee🐝 #pengemiscinta #pengemiscintaella #pengemiscintacover #road100k #fypp #fypシ゚viral

♬ original sound – Are We Corner Taiping – Are We Corner Taiping

@arewecornertaiping

Replying to @𝒩𝒶𝒷𝑒𝓁𝓁𝒶. hajathaida hajat hajatcover

♬ original sound – Are We Corner Taiping – Are We Corner Taiping

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Rata-ratanya memuji kehebatan suara Puteri Solehah itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Adik ni nyanyi lagu ni releks je akk urat leher mcm nk keluar dik.. apa-apa pun sedap suara.. boleh pergi jauh ni.. “

” Mantap sngt.. artis punya mana dpt relax nyanyi mcm nie.. baru seorang jak sy tngk mcm nie.. teruskn, moga jadi penghibur terbaik.. “

” Santai sgt nyanyi ni dik.. kalau org lain dh nk putus urat tekak tarik tinggi.. sempoi sgt ni. Dengan mulutnya bukak tak nak bukak sama banyak, tapi suara padu gila.. “

” Nama pun Puteri Solehah.. Mmg cara nyanyi solehah sgt ni. Sopan santun. Dik ko bernafas pakai insang ke dik.. tak pernah tengok orang nyanyi lagu tinggi sesantai ni.. “

” Jangan-jangan kO ni bunian dik.. kalau mnusia mcm aku.. dah masuk ICU DAH 5 hari 5 mlm bawa lgu ni.. duduk pulak tu.. “

” Melanggar hukum ni… patut kena berdiri kena buka mulut luas² kena hentak² kaki, kena angkat tangan.. baru betul.. “

” Muka tak bersalah ja. ziana zain pun bergegaq kepala tarik lagu ni. power hg dik. bila masa die tarik nafas, takde bunyi langsung.. padahal mic sentiasa dekt mulut.. “

” Ziana zain kemurungan tengok video ni… Mcm nak tdo dia buatnya. dik.. ko ada prasaan ke x dik.. tenang sungguh ko nyanyi.. dahi Pon xde kerut² oo.. “

” 2 3 hari Ziana Zain tak tidur tengok ni, terlampau santai katanya sedangkan dia bawa lagu ni setengah nafas hilang.. “

Hebat nyanyian Puteri Solehah ini, gayanya yang santai membuatkan warganet kagum dan teruja. Ini kalau digilap untuk menjadi penyanyi, tidak mustahil boleh memberikan saingan yang hebat kepada penyanyi sedia ada. Apa-apa pun, semoga Puteri Solehah sentiasa menghiburkan semua dengan suara emasnya itu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Are We Corner Taiping

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT