Artis / Selebriti
” Sangat-sangat terkedu weh bila dengar jawapan Sallman bagi tu. Sekali aku pun menangis.. ” – Komen Netizen

Video Ina Naim berkongsi cerita mengenai penerimaan anak keduanya, Sallman Elkhoyri ketika dia mahu berkahwin buat ramai sebak. Jawapan Sallman betul-betul buatkan ramai yang terkesan. Ina pun terdiam, tak mampu menjawabnya..
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik stesen radio Molek FM, telah dikongsikan video yang memaparkan Ina Naim dan anaknya, Ehmad Hadie Elfardie mendapat jemputan ke konti radio tersebut. Turut ada bersama adalah suami Ina iaitu Mohd Khairul Rizal Shukor.
Menerusi video itu, DJ Nazz ada bertanya kepada Ina tentang penerimaan anak-anaknya ketika mengetahui Ina mahu berkahwin lagi. Tanya DJ Nazz lagi, adakah Ina bermesyurat dahulu bersama anak-anaknya membincangkan hal tersebut bersama-sama.
Kata Ina, penerimaan anak-anaknya pada awalnya masih kekal dengan arwah ayah mereka. Paling susah untuk menerima hal tersebut adalah anak keduanya iaitu Sallman Elkhoyri. Meskipun telah dipujuk oleh abang dan adik-beradik lain, Sallman seolah-olah tidak boleh menerimanya.
Kata Ina lagi, dia ada bertanya kepada Sallman sebab tidak membenarkan dirinya berkahwin lagi. Jawapan yang diberikan Sallman kepada Ina membuatkan Ina turut terdiam dan tidak mampu menjawabnya kembali. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet.
Tonton perkongsian di bawah ini :
@molekfm Bila anak @INA SUHAIMI berkata kata kito hok dengar pun sebok sekok sek awok weh!! Apa apa pun kita doakan yang terbaik untuk Ina Naim sekeluarga deh 🤍 Terus strim Molek FM stesen radio kenaikan terpantas di Malaysia, Gu Pantai Timur #MolekFM #MolekPagi #KerusiDJNazz #DJNazzQila #GuPantaiTimur #PantaiTimur
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sangat-sangat terkedu weh bila dengar jawapan Salman bagi tu. Sekali aku pun menangis.. Dia sayang sangat2 dengan ayah dia.. “
” Nk no.2 ni sikap memiliki tu tinggi sgt.. Sebak pula dengar cerita Ina.. Moga dikau faham wahai ank… Ibu perlukn teman hidup saling menyokong membesarkn ank2… Moga kalian penyebab ibuayah masuk syurga.. “
” Anak sulung dia ni bagus. Matang walaupun masih muda. Dia yg mandikan dan jadi imam solat jenazah arwah bapa dia.. “
” Kehidupan dorang bahagia ms dgn arwah.. Sbb tu mgkin ank arwah ssh nk terima jodoh baru ibu dia.. Tapi sekarang tumpang happy tengok Ina dgn kehidupan baru dia.. “
” Anak first dia diam kalau boleh mmg turutkan permintaan mak sbb dia perlu matang. Faham perasaan mak. Anak nombor dua mmg sensitif ye.. Tp tgk muka anak pertama ina pun boleh fhm perasaan dia.. “
” Wanita yg sudah tidak bersuami, dan mempunyai anak2 masih kecil.. Kalau ada lelaki bertanggungjawab yg sudi, kahwinlah segera.. “
” Pkul 6 petang dah ni weiii,aku nangis yee.. Tak batal puasa kan, pandai SS didik anak, dia tahu perjalanan selepas itu kemana.. “
Ramai yang sebak mendengar perkongsian cerita oleh Ina. Kata-kata Sallman itu membuktikan Sallman sangat merindui arwah ayahnya dan berharap nanti dia akan bersama dengan arwah ayahnya di syurga. Apa-apa pun, semoga anak-anak arwah Suhaimi Saad ini terus membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG molekfm, TikTok molekfm, inasuhaimi78
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen