Artis / Selebriti
” Sampai naik merah padam muka Eizlan Yusof. Kelakar Rita usik Eizlan, haha.. ” – Komen Netizen

Video Rita Rudaini Menyakat Datuk Seri Eizlan Yusof Di Pentas ABPBH36 Buat Warganet Terhibur. Amboi Rita, Sampai Blushing Datuk Eizlan Dibuatnya. Mengimbau Memori Betul Ni Rita. Gamat Satu Dewan, Haha !!
Pelakon Rita Rudaini dan Datuk Eizlan Yusof antara yang menjadi penyampai trofi untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 36 semalam. Rita dan Datuk Eizlan sudah pernah berlakon bersama dan ianya tidak menjadi satu masalah untuk bergandingan sebagai penyampai trofi.
Meninjau entry di akaun Tiktok Oh Bulan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Rita dan Datuk Eizlan. Rita memulai perbualan dengan bertanyakan kepada Datuk Eizlan panggilan yang perlu dipanggil sama ada Datuk atau abang sahaja. Datuk Eizlan dan Rita juga turut mengimbau kenangan mereka bergandingan dalam lakonan dulu.
Filem Mendam Berahi antara yang paling Datuk Eizlan ingati kerana pengarah memintanya bersama Rita menari di kebun getah dengan lagu dangdut Memori Daun Pisang dimainkan. Mendengar ayat itu, Rita sudah tergelak. Rita antara aktres cantik yang sesuai digandingkan berlakon bersama Datuk Eizlan.
Rita pula membuka cerita kenangan yang tidak akan dilupakan ketika Rita menjadi finalis Dewi Remaja. Kata Rita seseorang datang bertemu dengannya dan memberitahu ada seorang lelaki ingin berjumpa. Rupa-rupanya lelaki tersebut adalah Datuk Eizlan. Rita berseloroh mengatakan, jika tidak tentu dia sudah bergelar Datin sambil tertawa.
Jom tonton video di bawah :
@ohbulanofficial Rita Rudaini hampir dapat title Datin?? π€£π€£ Jangan lupa saksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian di TV3 dan strim melalui Tonton β¨ #abpbh36 #teguhbersamaconboo #inspirasikeyakinanmu
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 22 ribu tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sampai naik merah padam muka Eizlan Yusof haha.. kelakar juga sis rita, dato eizlan ok je, datin pun ok tu.. “
” Tidur luar tengok gaya ni haha.. lucu lah Rita, sampai malu Dato Eizlan dibuatnya.. ceriakan suasana Rita Rudaini ni.. “
” Time Aku remaja dulu . Eizlan yusof ni antara pelakon paling handsome , good attitude , sllu dpt watak2 hero n mmg hot stuff giler dia eyhh . Ahhhh Aku menua.. “
” Ketara terus blushing haha.. Tidur luar la dato Eizlan malam ni.. Rita Rudaini ni mmg sempoi, aku lurve sangat.. “
” Maksudnya, eizlan yusof penah minat dia la hehe.. Aku lah kan Rita ni, bab menyakat memang bagi dia lah.. merah muka kawan tu hehe.. “
” Suka gurauan ni… naik merah muka kwn tu.. tak puas aku ulang tgk.. kelakar rita usik dato… yg kwn ni ms muda dlu mmg ensem oii.. kegilaan ramai gadis tu.. “
” Haha kalau tak kami jadi datin.. Weyhh blushing teruk Dato haha. Kelakar lah Rita ni.. eizlan ckp cm melow2.. dan rita cakap terus sampaii ya punchline tuuu Hahahaha.. “
Gurauan antara sahabat lama yang menggamatkan suasana. Rita menceriakan semua orang dengan selorohnya itu. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan semoga semua pembaca juga turut terhibur menonton telatah Rita dan Datuk Eizlan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok OhbulanΒ
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sky tak suka sangat filter, masalahnya abang tak de filter gelap gelita.. ” – Ridzokumura
-
Viral2 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen