Artis / Selebriti
” Sampai gigil suara dia tahan menangis. Suara tu aku dapat rasa macam mana sakitnya.. ” – Komen Netizen
Video Cik Epal sebak bercerita mengenai ciri-ciri lelaki idaman di talian bersama Hawa Rizwana dan Munaa Bella buat ramai tersentuh. Sedihnya dengar ayat Cik Epal tu. Part masa sebut syurga tu bergetar suara Cik Epal menahan sebak..
Tiada seorang wanita pun yang berkahwin untuk diceraikan. Semuanya mengharapkan bahtera rumahtangga yang dibina boleh berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Namun kita manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya. Jodoh, ajal dan maut semuanya sudah pun ditetapkan sejak di luth mahfuz.
Meninjau entry di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara penyampai radio Era, Hawa Rizwana dan Munaa Bella bersama seorang pempengaruh media sosial yang hangat diperkatakan masa kini, Cik Epal.
Sebagaimana yang semua sedia maklum, Cik Epal baru sahaja selesai menjalani tempoh iddahnya setelah bercerai talak 1 dengan pengusaha pizza terkenal, Jofliam. Rumahtangga yang dibina bertahun-tahun kecundang di tengah jalan dan Cik Epal redha dengan segala yang telah terjadi.

Menerusi video ini, Cik Epal bercerita mengenai ciri-ciri lelaki idamannya. Satu yang ditekankan oleh Cik Epal, seorang wanita apabila sudah menyayangi seorang lelaki, segala ciri idaman yang dicari pasti akan ditolak ke tepi kerana hati sudah sayang. Impian untuk ke syurga bersama suami itu adalah impian Cik Epal.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” First time dgr suara cik epal sedih.. sebaknyaa.. Tgk dia mcm kuat , hakikatnya dia pon wanita mcm kite yg boleh nngis.. “
” Kita pun ikut sedih rasa nak nangis.. hanya perempuan je faham.. siapa yang nak kahwin bercerai kn.. nak nak ada anak.. “
” Sebaknya bila dgr suara CE hiba bila ckp pasal syurga tu. Boleh rasa sakit n kecewa dia.. “
” Speechless sbb cik epal ckp ni mmg realiti yg sebenar. Ciri2 ni mmg tendang tepi sbb kalau dah sayang someone, kita akan terima baik buruk dia.. “
” Betul, apa pun ciri yg kita letak. Tapi bila tiba saat kita dah jatuh sayang pada seseorang, semua ciri ciri tu kita dah tak pandang. Kita terima je baik buruk dia. Geram dgn perangai tu biasa. Tapi kita stay, kita terima pasangan kita seadanya dia.. “
” Lama tak dengar suara cik epal. Sebak dengar part syurga.. tapi part last, mendoniaaaaa.. stay strong CE gonjenggg.. “
” Sampai gigil suara dia tahan menangis. Suara tu.. Aku dapat rasa mcmana sakitnya menahan rasa dalam getar suara CE. Semoga CE kuat.. “
” Kita lak bergenang air mata dengan part masuk syurga tu.. Part ciri ciri tu betul. Kita ada taste kita, tapi kalau dah sayang. Taste yang kita nak tu walau takde pada dia, kalau dh sayang, tetap akan terima baik buruk. semoga Allah permudahkan segalanya buat cikepal06.. “
Kita hanya mampu melihat tetapi Cik Epal yang menanggung segalanya. Semua orang ada dugaan hidup masing-masing dan pastinya, Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebih kemampuan hambaNya itu sendiri. Semoga Cik Epal menemui bahagianya dan seseorang yang menerima Cik Epal seadanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

