Connect with us

Artis / Selebriti

” Sama-sama cantik rupa paras, budi bahasa, beradab dan berilmu. Cukup pakej.. ” – Komen Netizen

Video Erra Fazira dan Ezwan Zain live bersama anak-anak mereka, Engku Aleesya dan Dania Sofea curi perhatian warganet. Alahai soft spoken sungguh anak-anak dara Erra dan Mr E ni. Sama macam mom dan papanya sangat.. 

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Watieysoong dan Tiktok vitblass, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sedutan live Erra Fazira, Ezwan Zain dan anak-anak mereka, Engku Aleesya dan Dania Sofea. Ini merupakan kali pertama mereka berempat dalam satu live.

Erra dan anak-anak membantu Ezwan untuk mempromosikan pakej buffet Ramadhan yang disediakan di cafe Kueh. Banyak soalan yang diajukan oleh viewers kepada Aleesya dan Sofea. Kebanyakannya mengenai kehidupan mereka berdua bersama Erra dan Ezwan.

Warganet menyukai cara Aleesya dan Sofea melayani pertanyaan daripada viewers. Memandangkan banyak komen yang masuk, Aleesya dan Sofea membaca mana yang sempat sahaja. Cara mereka menjawab soalan-soalan itu dipuji oleh warganet.

Matang dan tinggi budi pekertinya, itu yang dapat disifatkan perangai Sofea dan Aleesya. Ramai juga di kalangan warganet yang mengatakan wajah mereka berdua semakin seiras seperti kembar. Selain itu, warganet juga mengusik Erra mengenai cahayamata baru.

Jom tonton video di bawah :

@watieysoong

@Fazira Wan Chek #kuehcafe

♬ original sound – watieysoong – watieysoong

@vitblass

Try hard ye kak erra🤣🤣comella tengok😍..one happy family🩷 #errafazira #mre #sofiaalisya #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – JASMIN_HALIM – JASMIN_HALIM

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Takkan la mak i nak marah sofia.. takkan la my dad nak marah dia.. pandaii betul 2 anak dara cantik ni menjawab.. dua dua bijak, jawab soalan dengan bijak.. “

” Kekalkan sikap begini ye anak2.. anak2 perempuan yg penuh adab, bijak dan pandai menjaga diri.. dua dua tinggi budi bahasa.. “

” Sama-sama cantik rupa paras, budi bahasa, beradab dan berilmu. Cukup pakej.. dah macam kembar.. semoga awak berdua saling sayang menyangi.. tahniah juga pada parents.. love.. “

” Bagus anak2 dididik dgn both ibubapa yg baik.. photocopy papa & photocopy mom.. they realy bonding .go gurl’s.. Comelnyaaa masing2 malu2 kucing lagi.. “

” Dua beradik sama cantik sama lawa sama bijak.. sopan je Sofea dan Aleesya ni.. takde gedik-gedik.. muka pun dah sama.. memang jodoh mama dengan papa.. “

” Suka dengar dorang berdua ni menjawab. sopan je. muka pun dah hampir sama. lawanya kamu berdua ni.. “

” Erra nampak sangat bahagia.. comel family ni. anak anak sopan, cantik. macam kembar.. betul seiras dah la sebaya.. “

Tumpang seronok warganet melihat keluarga kecil Erra dan Ezwan ini. Anak-anak yang cukup sopan santun dan bijaksana kurniaan Allah kepada mereka berdua. Semoga Erra, Ezwan, Aleesya dan Sofea sentiasa dalam rahmat Allah dan gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Watieysoong, Tiktok vitblass  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Dark Spot Set

Trending

Copyright © Berita Kopak