Artis / Selebriti
” Sakit sangat sangat tengok dan baca kapsyen kak Myza. Menangis teresak-esak saya.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Amyza Aznan kenangan terakhir bersama arwah anak sulungnya, Andre Mikhail menyentuh hati warganet. Luluh hati baca kapsyen Amyza. Touching sangat..
Hati seorang ibu mana yang kuat apabila anak pergi dahulu menemui Pencipta-Nya. Seorang ibu sering berharap untuk melihat anak membesar menjadi insan yang terbaik dan berjaya. Namun ketentuan takdir sudah tertulis sejak di Luth Mahfuz lagi mengenai ajal dan ma ut.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Amyza Aznan, telah dikongsikan sekeping gambar terakhir Amyza Aznan bersama arwah anak sulungnya, Andre Mikhail. Arwah Andre yang disahkan mengidap kanser paru-paru ini bertarung melawan penyakitnya itu sehingga ke akhir hayatnya.
Menerusi perkongsian ini, moment Amyza menemani Andre yang diletakkan di masjid sebelum proses memandikan dan solat jenayah dilakukan pada keesokan harinya. Amyza langsung tidak berganjak meninggalkan anak sulungnya itu.

Gambar ini sangat menyentuh hati warganet apatah lagi membaca kapsyen yang Amyza coretkan menerusi postingnya itu. Luahan hati seorang ibu yang sedang dibungkam rasa rindu yang amat dalam terhadap anaknya. Ramai yang menzahirkan simpati dan meluahkan rasa sedih mereka selepas membaca kapsyen Amyza itu.
Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kasih sayang seorang ibu, tiada yang sama.. Bayangkan anak yg kita susukan .. tidurkan.. kini hanya jasad tak bernyawa.. berat ujian ini.. “
” Hujan turun 2 hari berturut, membasahi bumi yang seakan turut berduka. Langit yang kelabu menjadi saksi, sebuah hati sedang belajar menerima kehilangan yang terlalu berat untuk diungkapkan. Andre Mikhail telah pergi, namun rindu ini akan terus hidup dalam setiap doa yang tidak pernah putus.. “
” Saya doakan, smoga Allah peluk hati mu selalu agar lebih kuat mhdapi hari² yg mndatang. aamiinn.. menangis teresak-esak saya baca kapsyen Amyza ni. rindu yang mencengkam hati seorang ibu.. “
” Beberapa hari kita turun sedih bersama , pemergian andre hit me so much.. syurga buat mu andre ! Aminn ! Semoga Allah beri kekuatan luar biasa buat kak myza sekeluarga ! Amin.. “
” Sakit sangat sangat tengok dan baca kapsyen kak Myza..al fatihah,moga allah tempatkan syurga utk nya kak Amyza.. “
” Kehilangan anak umpama hilang separuh nyawa setiap kali saya nampak video akak saya menangiss.. pelukan terakhir yang tak akan dapat diulang lagi.. “
” Ya Allah kau berikanlah ketenangan buat insan ini.. mesti Amyza tengah mengenang dari hamilkan Andre, melahirkan, membesarkan sampai lah detik akhir Andre.. “
Bukan seorang ibu tidak redha atas pemergian anak tersayang namun hatinya sedang memberontak sedih kehilangan yang tidak mungkin akan kembali lagi. Yang tersisa hanya kenangan bersama dan rasa rindu yang tidak akan pernah berakhir. Semoga Amyza terus kuat dan kembali bangkit untuk anak-anak dan suami.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Amyza Aznan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

