Connect with us

Artis / Selebriti

” Sakit perut gelak saja, tambah-tambah cerita pasal Bella bawak kereta tu, haha.. ” – Komen Netizen

Video YB Syed Saddiq bercerita mengenai cara Bella Astillah memandu kereta buat ramai terhibur. Wah tak sangka Bella macam tu. Tak pasal-pasal Bella ‘dipuakakan’ oleh YB, haha.. 

Ramai di kalangan pengikut Bella Astillah dan YB Syed Saddiq ternanti-nantikan live pasangan ini. Bella dan YB Saddiq telah pun membuat satu live baru untuk mempromosikan produk minyak wangi Dolcea. Seperti sebelum ini, sesi live pasangan ini santai sahaja dan banyak yang mereka perbualkan sambil melayan komen viewers.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Team BA’SS dan Bass Lover, telah dikongsikan beberapa buah video yang menarik sepanjang live berlangsung semalam. Bella membaca salah satu pertanyaan daripada viewers mengenai cara YB Saddiq mengatasi stress.

Tidak berfikir panjang, jawapan spontan yang diberikan oleh YB Saddiq membuatkan staff Dolcea yang berada di situ terduduk. Sweet sungguh jawapan YB Saddiq sehinggakan Bella pun tergelak sama. Betul-betul mujarab ubat stress YB Saddiq, patut lah YB Saddiq sekarang happy selalu.

Bella pula mengatakan dia suka bermain jet ski dan itu salah satu cara Bella untuk mengatasi stress. Bella turut mendedahkan cerita YB Saddiq menyimpan no plate kereta Bella dalam handphone YB Saddiq. Rupa-rupanya ada cerita yang kelakar YB Saddiq simpan mengenai Bella.

Jom tonton video di bawah :

@bellaastillahsyedsaddiq7

#bellaastillah #syedsaddiq #BASS #sweetcoupleBASS #repostedvideo #fypage #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – 𝐓𝐞𝐚𝐦 𝐁𝐀’𝐒𝐒 – 𝐓𝐞𝐚𝐦 𝐁𝐀’𝐒𝐒

@bass.lover45

ya ni lawak🤣 #bellaastillah #syedsaddiq #bass #fyp

♬ original sound – BASS LOVER🤍 – BASS LOVER🤍

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Nak buat report.. pergi rumah Bella tengok-tengok kete Bella.. adoiii yb yb.. Abang² JPJ dtg pinang Bella macam mana YB.. “

” Haha part ni saya suka sebab lawak. Duk layan live diorg sampai abis..sakit perut gelak saja, tambah2 citer pasal Bella bwk Keta laju tu.. “

” Lepas ni Bella boleh driff dekat track.. yb dah mula risau bila bella drive.. Mesti YB nak complain Road Bully.. “

” Aduiiii aii yb kena game dgn bella.. lawak sweet la BASS.. Bila da tau tu mesti bella kne bebel dgn yb.. Lucu YB ni dah bolih masuk lawak superstar.. “

” Cara kami hilangkan stress tengok YB dengan Bella hehe.. i percaya jawapan pertama YB.. Bella je boleh happykan dia.. “

” Jawapan yang tepat dan ikhlas tu. Locked Duduk Tepi Bella sebab She is a stress reliever buat YB. Mencari isteri yg menenangkan jiwa.. “

” Sampai terduduk member dengar jawapan spontaneous YB.. amboii sejak2 dgn bella ni dh pandai bergurau ehh.. hilang bahasa kamus perpustakaan dia.. “

” Chatgpt pun bole rosak ini kan ybss… ayooo jawapan ybss memang buat terduduk la.. dia jawab Tanpa berfikir panjang pun. spontaneous answer.. “

Jawapan YB Saddiq sememangnya selalu spontan dan membuatkan ramai terhibur. Wah ubat stress YB Saddiq adalah Bella. Ubat stress peminat BASS pula adalah melihat video Bella dan YB Saddiq. Apa-apa pun, live yang cukup menghiburkan semua lebih-lebih lagi cerita Bella memandu, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Team BA’SS, Tiktok Bass Lover   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Blink2
Skintific Skincare

Trending

Copyright © Berita Kopak