Artis / Selebriti
” Saat terakhir kami cium Alin dan kali terakhir kami menatap wajah Alin.. ” – Bienda
Video Kongsi Video Throwback Dan Kisah Detik-Detik Akhir Adiknya, Arwah Nur Fazlinda Buat Ramai Sayu. Sebaknya Baca Perkongsian Bienda. Indah Sungguh Pengakhiran Alin, Pengakhiran Yang Semua Orang Idamkan !!
Beberapa hari sudah berlalu sejak Bienda memaklumkan mengenai pemergian adiknya, Nur Fazlinda. Perasaan sedih seorang kakak kerana kehilangan adik yang paling rapat dengannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan Bienda terkesan dengan kehilangan ini.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Bienda, telah dikongsikan satu bingkisan hati yang menyentuh perasaan semua. Bienda muatnaik bersama video kenangannya menyambut hari lahir dan moment manis mereka bersama-sama melakukan banyak perkara.
24 hari masa yang Allah berikan untuk Bienda menemani Alin sepanjang Alin berada di hospital. Dapat melihat Alin tidur setiap hari dan menatap wajah adiknya itu, Bienda meluahkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi atas rezeki yang diberikan.
Bienda turut bercerita keadaan Alin ketika kali terakhir mereka dapat mengucup Alin. Tersenyum sahaja Alin, itu yang Bienda lihat pada wajah adiknya itu. Allah Maha Besar, walaupun Alin menanggung rasa sakit, tetapi Allah hadirkan senyuman di wajahnya ketika sudah tiada. Allahuakbar.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Bienda ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Macamana yer bienda kuat , arw4h adiknya seorg periang dan manja, jadi sayuu tgk video ni .. seolah arw4h masih ada.. ”
” Slowly ya my love.. try be ok slowly ya..each day.. I’m always hugging you from here.. Alfatihah buat bidadari syurga… arw4h alin sangat manis dan cantik.. ”
” Dear… arw4h bersama para auliyah sekarang ni inshaAllah.. bulan puasa.. she so precious dear.. I can see she terlalu baik sangat.. Allah fateha for her Amin3x.. ”
” Terima kasih ALLAH atas segala pemberian rezeki, nikmatMU n ciptaanMU yang di langit n di bumi buat kami semua.. MasyaALLAH cantik bidadari2 ni moga sentiasa berada dlm kasih syg ALLAH berserta segala rahmatNYA… Aamiin.. ”
” Al Fatihah dan Salam takziah bienda … Allahuakhbar pergi nye di hari yang baik , di bulan yang baik dan pengakhiran yang sangat baik.. tak semua orang dapat rezeki begini. Insyallah syurga menanti.. ”
” Memng perit.. saya sudah alami , kehilangan satu2nya adik perempuan.. Semoga terus kuat sis.. ”
” Juga seorang anak murid yg baik, hormat org tua dan sopan santun… Semoga Faz tenang di sana dan ditempatkan bersama org² yg beriman.. ”
Kenangan indah yang tercipta antara Bienda dan Alin akan sentiasa segar dalam ingatan. Rindu Bienda yang tidak akan ada penghujungnya buat adik tersayang. Semoga arwah Alin ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Pemergian yang dicemburui, semoga pengakhiran kita semua juga yang baik-baik.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bienda
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen