Connect with us

Artis / Selebriti

” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah

Luahan hati Watie Hanifiah setelah keguguran buat ramai sebak. Ayat yang cukup menusuk ke hati. Touching sangat baca lagi-lagi part ibu tu.. 

Baru sahaja warganet dikhabarkan dengan berita gembira kehamilan anak sulung isteri kepada Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah, namun sayangnya rezeki tidak menyebelahi mereka. Beberapa hari yang lalu, Watie ada berkongsikan mengenai kehilangan dan postingnya itu berbaur kesedihan.

Menerusi perkongsian terbaru Watie di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu coretan rasa Watie serta video yang meruntun hati semua. Watie mengesahkan dirinya keguguran pada 11 Mei baru-baru ini dan ianya sangat meninggalkan kesan pada diri Watie.

Watie berkongsi cerita dia pernah bermimpi akan keguguran dan mimpi itu menghantui Watie kerana membuatkan Watie sentiasa memikirkan hal itu. Siapa yang tidak sedih kerana ini adalah kehamilan sulungnya dan Watie merasa bersalah kerana tidak menjaga kandungannya dengan baik.

Lebih menyentuh hati semua apabila menonton video ultrasound yang Watie kongsikan menerusi postingnya ini. Gembira suara Watie ketika melihat janin dalam rahimnya itu tetapi Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk Watie. Satu coretan hati yang mampu membuat semua berlinangan air mata membaca sehingga ke akhir penulisan Watie.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Okay i mengaku i kalah dengan ayat u… I nangis dengan ayat u sis… u baik… Allah baik dengan u. Anak u tengah main dengan ibu tu di syurga. Terus i terbayang betapa telitinya Sarah dulu dengan anak-anak.. Dan itulah yang dia buat bersama anak u kalau dia bersamanya. Sabar ye.. “

” Watie , Pasti Allah uruskan yang paling terbaik untuk Mu. Faham sangat kesakitan tu.. stay strong Watie.. “

” ‘Saat didunia Mummy jaga anak anak ibu, Saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy’.. Mulianya fikiran. Semoga terus menjadi Mummy yang kuat.. “

” Saat di dunia mummy jaga anak anak ibu, saat kamu di syurga ada ibu yang menjaha anak mummy” …. Ahhh i cry.. “

” Stay strong mummy.. Allah is the best planner.. insya Allah ada rezeki mummy nanti.. sending biggg hugg to mummy.. “

” Allahu sabar sis.. mmg berat nak hadapi tapi insyaallah ada pelangi menanti watie. ibu jagakan selalu di sana.. ” 

” Sedihnya “saat di dunia mummy menjaga anak² ibu, saat di sana ibu menjaga anak mummy”.. Semoga ‎Allah memgantikan rezeki yang lebih baik buat iamwatie shuibsepahtu.. “

Hanya yang pernah merasai kehilangan tahu apa yang perasaan Watie sekarang. Namun Allah pasti ada perancangan yang lebih baik untuk Watie. Semoga Watie terus kuat dan yakin lah setiap yang terjadi ada hikmah dan kemanisannya di penghujung nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Watie Hanifiah  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak