Artis / Selebriti
” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Ezwan Zain memeluk Erra Fazira buat ramai teruja. Amboi Mr E, laju je jawab dah boleh pegang Erra tu. Sweet sangat Ezwan ni..
Perkahwinan primadona, Erra Fazira dan pemilik cafe Kueh, Ezwan Zain meraih perhatian di seluruh negara. Ianya dikatakan oleh warganet sebagai Wedding of The Year kerana majlis akad nikah dan resepsi yang gah dan penuh gilang gemilang disulami kejutan demi kejutan daripada Ezwan untuk Erra.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Jasamoure Concept iaitu wedding planner majlis Erra dan Ezwan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat pengantin baru itu bersama wakil Jasamoure. Perbualan ini mencuit hati warganet dan membuatkan ramai yang tersenyum.
Menerusi perbualan itu, Erra meluahkan rasa puas hatinya atas hasil kerja Jasamoure yang menguruskan majlis mereka itu. Wakil Jasamoure pula menjawab sambil memandang ke arah Ezwan mengatakan ianya untuk isteri Ezwan dan dibalas oleh Ezwan dengan ayat yang cukup sweet.

Ketika ditanyakan sama ada Ezwan sudah boleh memegang Erra, laju sahaja Ezwan mengatakan sudah boleh sambil tangannya memaut bahu Erra. Bersemut sungguh warganet melihat gelagat pengantin baru ini. Bak komen warganet, percintaan pada usia matang yang membahagiakan.
Jom tonton video di bawah :
@jasamoureconcept Elelele dah boleh pegang laaa 🤍 Thank you @Fazira Wan Chek & Abang Ezwan for trusting Jasamoure Concept as your wedding planner & decorator 🤍 • • #malaywedding #errafazira #jasamoureweddingconcept #weddingplanner #wedding
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” So sweet lah double E & E ni. dah hampir seminggu ni still tersenyum bila tengok. sikit pn x menyampah tgk kemesraan mrk brdua.. dgn kita skli tersengeh dn trbahagia.. moga trus kkl bhgia hgga syurga.. “
” Ezwan ni dapat era fazira seperti dapat puteri kayagan. Mesti dia Masih tak percaya.. rupanya begini cinta org2 yg dh matang & berumur, sweet gitu, smoga Erra & Ezwan berkekalan hingga ke surga.. “
” Sweet dorang nie aku leh terima wehh… Lau yg lain.. aku ase lebih nak menunjuk nunjuk jer… tapi dorang bdue ni lebih kepada natural.. plus random hahah.. sampai tak sedar da ulang video ni bpe Kali daa.. “
” Mesra tapi X nampak ‘mengatal’ .. love sgttt.. Alhamdulillah. Amboooiiii ayankkkk…. Cinta kueh koci & putu mayam … yg single marilah kita pindah dr bumi ni… x larat dh senyum.. “
” Love sgt EF & Mr E tak nampak membirah and menggeletis. Yg penting tak try hard dpn camera. Semoga pernikahan sampai ke syurga.. “
” Soooo sweet, love betul pasangan ni.. kita pon seronok tngok dia org … rsa x puas tngok kemesraan era n ezwan macam x caya…. hehehe asyik nk tngok je 2 ketul ni.. “
” Argh tengok ni… sweet gilerr lh…. ulang2 tengok … sengeh sengsorg.. bercinta masa umur ni lebih bahagia. suami erra romantik penyayang.. “
Romantis dan penyayang sungguh Ezwan dan kasih sayangnya terhadap Erra itu dapat dilihat dari tingkah lakunya. Tumpang bahagia peminat melihat kebahagiaan Erra bersama Ezwan. Semoga perkahwinan pasangan ini sentiasa dalam rahmat Allah dan dilindungi daripada perkara yang tidak baik.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Jasamoureconcept, Tiktok asnkimdes
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti2 days ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terbahak aku dengan random Amayan ni. Lawak lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen

