Artis / Selebriti
” Rindu seorang ayah pada anaknya, nampak kesedihan di wajah.. ” – Netizen
Video Reaksi Raissuddin Hamzah Ketika Mendengar Lagu Nyanyian Anaknya, Arwah Siti Sarah Raisuddin Sambil Memandu Buat Ramai Sebak. Sedihnya Tengok Seorang Ayah Bergenang Air Mata. Jelas Terpancar Rasa Rindu Pada Yang Tiada !!
Sudah dua tahun berlalu dan kehilangan arwah Siti Sarah Raisuddin masih lagi terasa. Bukan sahaja buat ahli keluarga, malah para peminat Siti Sarah juga. Apa sahaja perkongsian mengenai Siti Sarah masih mencur1 tumpuan dan perhatian ramai.
Terbaru di akaun TikTok Suciuwais, perkongsian sebuah video yang memaparkan bapa Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah sedang mendengar lagu anaknya sambil memandu telah membuatkan ramai peminat berasa sebak. Ini kerana melihatkan wajah sayu Raisuddin.
Sebagai seorang bapa, pastinya rasa rindu yang mendalam amat dirasai. Terutamanya pemergian Siti Sarah yang tidak disangkakan secara tiba-tiba, perginya si anak sebelum bapanya. Pandangan mata Raisuddin jelas kosong dan agak berkaca.

Perkongsian ini telah menerima lebih 29 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Di ruangan kapsyen juga tertulis ‘ kesayangan abahnya’ tambahan pula Siti Sarah satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.
Jom tonton video di bawah :
@suciuwais Kesayangan abah nya.. #raissuddinhamzah #fyp #sitisarahraisuddin
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sebak apabila melihat wajah Raisuddin. Antara komen-komen yang diberikan :
” Rindu seorg ayh pada ank nye… Alfatihah bt arwah siti sarah.. aduh sedihnya dgr suara siti sarah Al Fatihah.. Bile kite rindu sseorang mmg pedih nak² yg telah tiada.. “
” Sy plak menangis tgk muka abahnya.. kehilangan ayah pun bagai hilang seluruh dunia.bagaimana la hilang anak.. sy pon kalau buat keje suka dengar lagu arwah.. “
” Kenapa sarah meninggal terasa mcm xleh move on yaa!!sampai skang trase kehilangan dia.. Sakit sorg Anak kehilangan Mak Ayah tak sesakit Mak Ayah kehilangan anaknya.. “
” Same as me rindu sgt2 kt arwah yg tlh pgi 3 thn lps n arwah cucu i yg umur 5thn bru mngal rahmadhan yg lps alfatihah buat arwah abah n cucu i.. “
” Awal pagi setiap pagi mesti dgar lagu sarah terlalu minat sarah smpai skrang mcm tak percaya dia dah tak dah.. Dari mata sya dapat rasa , hati abah betul2 rase kosong n rindu sgt .. “
” Sakitnya,bila teringat pada org yg tlh tiada… nmpk kesedihan di wajah abah arwah Alfatihah buat arwah Siti Sarah..
” Tenung mate abah tue betul2, ya Allah bergenang air mata abah rindu kan seorang ANAK al fatihah.. teringat pada org yang dah takde tu perit.. “
Merindui pada yang telah tiada adalah sesuatu yang menyak1tkan. Hanya doa sahaja mampu dikirimkan pada yang telah tiada. Semoga roh arwah Siti Sarah Raissuddin ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan dicucuri rahmat. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa

