Artis / Selebriti
” Rindu dekat siapa ? Saya ada dekat sini.. ” – YB Syed Saddiq
Video YB Syed Saddiq mengusik Bella Astillah ketika live buat ramai terhibur. Amboi YB Saddiq, berani yer tanya Bella depan-depan macam tu dalam live. Tak keruan Bella nak jawab, blushing teruk dibuatnya, hehe..
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik bellahastillahsyedsaddiq7, telah dikongsikan video yang memaparkan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq sedang live untuk mempromosikan satu produk kepada umum. Namun, telatah YB Saddiq menyakat Bella ketika sesi live itu membuatkan ramai terhibur.
Pada awal video, Bella berkata wajahnya juga mempunyai jerawat dan tiba-tiba YB Saddiq berseloroh dengan berkata jika wajah mempunyai jerawat tandanya orang itu sedang merindui seseorang. Selepas itu, YB bertanya Bella sedang merindui siapa, sedangkan dirinya ada di sisi Bella.
Mendengar apa yang dikatakan oleh YB Saddiq tersebut, Bella terus menjadi malu-malu, lalu mengambil bantal yang berada di belakangnya dan menutup wajahnya. Sambil itu Bella berkata dia sedang dibuli oleh YB Saddiq. Kata YB Saddiq lagi, dia sengaja mengusik untuk menceriakan Bella kerana beberapa hari ini Bella penat bekerja.

Perkongsian video ini juga membuat ramai peminat BASS terhibur dan ada yang mengatakan yang YB Saddiq sekarang sudah tidak lagi berselindung mengenai hubungan bersama Bella. Sehingga kini, video YB Saddiq menyakat Bella telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@bellaastillahsyedsaddiq7 #bellaastillah #syedsaddiq #repostedvideo #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupageofficiall #kasitrending #artismalaysia
♬ original sound – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 [OFFICIAL] – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 [OFFICIAL]
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata usikan telah diberikan oleh warganet kepada YB Saddiq serta Bella. Antara komen-komen menarik adalah :
” Live paling best aku rse YB takde dah nk sorok2 ape.. Mmg jujur n transparent ye kwn².. Penat senyum sorang2 dah macam orang gila.. “
” Kurang ajar btul la drg ni. aku ni bru nak tido tau. Dah di pksa senyum, emmmm best dia org ni.. Vitamin untuk mimpi mlm ni.. “
” Org kata kalau jerawat tu rindu.. Rindu kat sapa… Sy ade kat sini.. Hahahahaha.. Direct waibi.. YB kena fhm walaupn sentiasa bersama kemana mna selagi tak kawin selagi tu la rindu.. “
” Dlu pilihan ke-4.. Skrg mcm tak suke ek LeeMinHo disebut. Hahhahahaa, hbsla diungkit sampai ke anak cucu lah jawabnya.. “
” Aku terus jadi tak tentu arah dengar ayat ybss ni, haha.. Direct weyhhh.. Yb lupa ke ada camera niiiiii, tengah live kot, hehe.. “
” Amboi YB makin berani ek skrg bagi punchline. Dulu malu-malu je.. Sekarang Bella dah kalah dengan YB, turn YB plk asyik menyakat Bella.. “
” Sekarang YB daa takde sembunyi2, biar satu dunia tahu YB ngn Bella akan menuju ke jinggang pelamin.. Bagusss YB kami Bass suka laaa YB dpt vitamin banyakkk mlm ni.. “
Alahai, terus merah pipi Bella menahan malu gara-gara mendengar apa yang dikatakan oleh YB Saddiq. Selalu kalau live, Bella lah ‘juara’ menyakat YB Saddiq, tetapi kali ini nampaknya giliran Bella ‘kalah’ dengan kata-kata usikan YB Saddiq. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Bella dan YB Saddiq, semoga segala urusan mereka berdua sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok bellahastillahsyedsaddiq7
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti1 day ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen

