Artis / Selebriti
” Rezeki, seronoknya tengok reaksi abang dia lepas dapat hadiah.. ” – Netizen
Video Zizan Razak Buat Surprise Menghadiahkan Sebuah Motosikal Kepada Abangnya Raih Perhatian Warganet. Wah Mahal Juga Harga Motor Ni. Terkejut Abang Zizan Bila Tahu Motor Yang Try Bawa Tu Hadiah Untuk Dia !!
Meninjau di akaun Tiktok milik abang pelawak terkenal, Zizan Razak telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zizan membuat kejutan buat abangnya yang dikenali dengan nama Hafiz. Menerusi video itu, Zizan membawa Hafiz ke sebuah kedai motosikal.
Difahamkan kedai yang dikunjungi mereka adalah milik personaliti media sosial iaitu Boss James. Zizan dan Hafiz telah mencuba menunggang motosikal berjenama Yamaha model Xmax 250. Tak disangka motosikal tersebut sebenarnya Zizan mahu menghadiahkan kepada Hafiz.
Hafiz tidak menyangka yanh Zizan akan membeli motosikal kepadanya. Kelihatan Hafiz terus memeluk Zizan selepas mengetahui motosikal itu adalah miliknya. Perkongsian video itu menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji sikap murni Zizan menghadiahkan motosikal kepada abangnya.

Selain itu ada juga tidak menyangka yang Zizan mempunyai abang dan wajah mereka nampak begitu seiras. Sehingga kini, video Zizan menghadiahkan motosikal kepada abangnya telah ditonton lebih 1 juta tontonan dan menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@hafizarazak869 Alhamdulillah rezeki… Kena suprise moto… Thanks my adik @zizanrazak869 @Boss James @Dr Davina Markus
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka memuji sikap Zizan. Antara komen-komen menarik adalah :
” Rezeki, seronoknya tengok reaksi abang dia lepas dapat hadiah.. Alhamdullilah ni la sdekah yg sbtlnye.. Utamakan adik bradik dlu.. Tahniah Zizan.. “
” Xmax keras gak harga tu.. Dalam 20k lebih.. Dulu nak amik ni tapi sbb mahal.. Amik Wmotor je. Tapi cc sama.. “
” Patut la muka dia macam Zizan.. Abang dia rupanya.. Igtkan Zizan ni anak tunggal.. Murah rezeki Zizan, bahagiakan abang.. “
” Zizan membuat satu contoh, utamakan adik beradik dahulu jika salah sorg ada rezeki lebih.. Terbaik Zizan.. “
” Syukur Alhamdulillah, semoga abg Zizan Razak di beri kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah lagi lepas ni.. Amin.. “
” Trademark dyowg adk beradik idug smeee.. Kemain happy lagi abang dia dapat motor, Zizan pun happy je, tahniah2.. “
” Hidung, muka, senyum yg sma, warna kulit jer tak sama, kiki… Apa2 pn trbaik la Zizan, semoga dimurahkan rezeki.. “
Alahai happy sungguh Hafiz dapat kejutan hadiah daripada adik tersayang. Harga motosikal itu pun bukan kaleng-kaleng. Apa-apa pun semoga Zizan terus dimurahkan rezeki, bahagia bersama keluarga dan segala urusan sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hafizarazak869
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti2 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen



