Artis / Selebriti
” Rasa terkilan rasa sedih. Last Ina cakap dengan arwah tu dah terpaksa nangis dah.. ” – Ina Naim
Video Ina Naim Bercerita Mengenai Kenangannya Bersama Arwah Suhaimi Saad Ketika Live Di Tiktok Buat Warganet Tersentuh. Perbualan Terakhir Ina Bersama SS Buat Ina Sendiri Tersentak. Hebatnya Insan Bernama Suhaimi !!
Sudah lebih 6 bulan semenjak pemergian bekas kumpulan Inteam, Suhaimi Saad ke rahmatullah. Perginya Suhaimi ke negara abadi dan meninggalkan Ina Naim bersama 4 orang anak mereka. Perkembangan Ina diikuti rapat oleh warganet selepas ketiadaan Suhaimi.
Meninjau entry di akaun Instagram Ina Naim dan Bunga Jolripin, telah dikongsikan video yang memaparkan Ina membuat live sendirian setelah lama tidak live sejak pemergian arwah suaminya. Banyak yang diceritakan oleh Ina mengenai Suhaimi menerusi live kali ini.
Salah satunya adalah mengenai didikan Suhaimi supaya Ina selalu bergantung harap dengan Allah. Cerita Ina, kali terakhir dia bercakap dengan Suhaimi sebelum Suhaimi pergi adalah mengenai siapa yang akan menjaga dia dan anak-anak.

Jawapan Suhaimi membuatkan Ina tersentak dan kerana kata-kata Suhaimi itu menjadikan Ina kuat. Terlalu banyak yang Suhaimi didik Ina dan hasilnya Ina menjadi dirinya sekarang. Warganet juga menyifatkan Ina sebagai seorang isteri yang solehah.
Jom tonton video di bawah :
@ina.naim3
@userrr123479752479852 nasihat untuk para isteri… @inasuhaimi78 #cinta #sampaisyurga❤️ #suamiistribahagia
@userrr123479752479852 Yang jaga kita, Allah SWT @inasuhaimi78 #sampaisyurga❤️
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Masha Allah betul sangat tu ina. Syukur Alhamdulillah suami dah didik ina dengan sempurna.. pengantungan kita hanya dengan Allah semata-mata.. ”
” Betapa beruntungnya Ina Naim bersuamikan arwah SS.. SS dah bentuk ina jadi sebaik-baik isteri dan ibu.. ”
” Wanita akan menjadi hebat apabila dia jatuh ke tangan lelaki yang hebat.. bertuah Ina berkesempatan hidup bersama SS.. ”
” Orang yang kuat dapat pendidikan agama, beruntung Ina dapat arwah ss dulu.. Terharu dengar, lagi-lagi masa suara Ina bergetar menahan sedih tu.. ”
” Bagus didikan SS pada Ina. Beruntungnya ss ni ilmu agama dia tinggi. letak sepenuhnya pada Allah.. ”
” Hebatnya didikan seorang suami yang mengenal Allah. Suka dengar Ina bercakap, patut dicontohi.. ”
” Alhamdulillah dikurniakan suami yang baik.. Ina isteri yang terbaik buatArwah SS.. semoga kalian berdua bertemu di sana.. ”
” Berkat bimbingan dari suami yang baik.. arwah ss didik ina menjadi isteri dan ibu yang solehah.. Alhamdulillah.. ”
Kuatnya Ina hari ini adalah hasil dari didikan arwah Suhaimi yang selalu mengingatkan Ina kepada Allah. Terlalu banyak kebaikan yang arwah Suhaimi tinggalkan untuk Ina dan anak-anak. Semoga arwah Suhaimi Saad tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ina.naim3, Tiktok Bunga Jolripin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti2 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain



