Artis / Selebriti
” Rasa macam wedding vibe kampung. Cantik, simple, penuh elegent tema diorang.. ” – Komen Netizen
Video sekitar Majlis Resepsi Fattah Amin dan Amira Othman khas untuk peminat. Wah segak dan cantik pengantin pakai baju songket. Jarang-jarang artis buat majlis resepsi has untuk peminat. Bagus cara Fattah dan Amira melayan peminat yang hadir..
Sebagaimana yang diwar-warkan, sekarang sedang berlangsungnya Majlis Resepsi Setulus Takdir Fattah dan Amira yang diadakan di Apark Puchong. Selepas 2 majlis resepsi mereka sebelum ini, majlis pada hari ini khas untuk peminat-peminat Fattah dan Amira yang terpilih.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Inspirasi, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan ketibaan Fattah dan Amira di majlis tersebut. Pasangan ini memilih tema songket untuk busana pengantin mereka kali ini dan warna merah jambu lembut.
Vibes suasana seperti persandingan dulu-dulu yang mana iringan kompang mengiringi Fattah dan Amira memeriahkan lagi majlis. Walaupun dalam keadaan yang panas, bibir Fattah dan Amira tidak lekang dengan senyuman. Pelamin untuk Majlis resepsi ini juga dekorasinya menarik.

Fattah dan Amira juga melayani tetamu yang hadir dengan bergambar kenangan bersama. Memetik komen warganet, jarang artis yang membuat majlis khas untuk peminat sahaja. Rezeki Fattah dan Amira kerana dapat menganjurkan majlis sebegini sebagai tanda penghargaan kepada yang sentiasa menyokong karier seni mereka.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian-perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Both looking good in pink fushia.. Tak jemu tgk dieorg ni. moga bahagia sampai syurga.. suka tengok pasangan ni melayani tetamu, baik je.. “
” Lama tak tengok artis kita sanding dgn alunan kompang.. Rasa mcm wedding vibe kampung.. Pengantin lak comel-comel.. “
” Pengantin bila pakai baju songket terus naik seri auranya.. Majlis nie utk peminat2.. cantik sgt2 pengantin.. “
” So sweet colours baju pengantin pink colour .. Sukanya amira ni simple camtu pun tetap cantik.. “
” Lawa sangat.. banyaknya majlis, semua cantik-cantik.. Bagi saya this is so mira, gadis melayu sejati.. “
” Tahniah.!!!….jarang artis nak sanding khas untuk peminat. Yang tau dulu Tokti. Yang lain tak tau. Maybe tak buat pasai makan modai.. “
” Baru la terasa meriah ada kompang.. berseri betul pengantin pakai warna ni.. betapa dorang hargainya peminat, majlis khas untuk peminat tu.. “
” Cantik comel simple penuh elegent love tema diorang dari nikah sampai majlis penutup.. Cantik pakaian fattah n Amira , ceria sgt semiga bahagia hingga ke Jannah, we luv two of you.. “
Murah rezeki Fattah dan Amira kerana tetap berusaha untuk mengadakan majlis khas untuk peminat-peminat mereka. Pastinya yang menjadi tetamu khas pada hari ini akan mengingati hari bahagia ini dan kenangan terindah untuk mereka. Semoga Fattah dan Amira gembira selalu dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inspirasi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tengok YB pegang Ayden tu touching sangat, so caring.. ” – Komen Netizen


