Artis / Selebriti
” Rasa hari tu tengok Instagram macam ada kat KL.. ” – Netizen
Muat Naik Video Sambutan Hari Raya Di Kampung Namun Ramai Mempersoalkan Bagaimana Mat Dan Boleh Merentas Negeri. Ini Respon Mat Dan !!
Tahun ini merupakan tahun ketiga buat Mat Dan dan isteri menyambut hari raya bersama. Tambah meriah lagi dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka, Zayne yang kini berusia 2 tahun. Setiap tahun sambutan hari raya Mat Dan pastinya di kampung isterinya di Terengganu.
Seperti kebanyakan selebriti yang berkongsi gambar hari raya mereka di laman sosial, begitu juga Mat Dan turut tidak ketinggalan memuatnaik momen indah bersama keluarga ketika sambutan hari raya. Walaupun raya kali ini tiada aktiviti kunjung-mengunjung namun tetap meriah.
Terdahulu, Mat Dan dan Nadifa Adnan telah mendirikan rumah tangga pada 12 Mac 2017 di rumah keluarga isterinya di Bukit Chendering, Terengganu. Mat Dan yang fasih berbahasa melayu dalam loghat Terengganu pastinya tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan keluarga mertua.

Menerusi akaun Instagram, Mat Dan memuat naik video sambutan hari raya aidilfitri di kampung isterinya di Terengganu. Nampak begitu meriah sambutan hari raya Mat Dan dengan kehadiran adik-beradik dan sanak saudara sebelah isterinya.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen mengucapkan selamat hari raya kepada Mat Dan. Antara komen-komen mereka :
” Selamat hari raya mat dan dan isteri serta keluarga. Semoga makin bahagia.. “
” Selamat hari raya buat mat dan sekeluarga.. “
” Comel wife Mat dan.. “
” Sis Difa cantik.. Selamat hari raya.. “
” Eid mubarak mat dan dan keluarga.. “
” Zayne comel. Selamat hari raya.. “
Namun terdapat beberapa netizen yang mempersoalkan bagaimana Mat Dan boleh beraya di kampung sedangkan beberapa hari lepas beliau dilihat berada di Kuala Lumpur. Ini respon Mat Dan :

Nampaknya Mat Dan pergi ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Jadi mestilah Mat Dan dapat pulang ke kampung kerana rumah beliau berada di Terengganu. Kami di Berita Kopak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Mat Dan sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mat Dan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti5 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti1 day ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aiyokkk Tokwi dah bunyi. Bapak sound halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain

