Artis / Selebriti
” Ramai yang tertanya-tanya about the recent pictures and viral news.. ” – Nora Danish
Viral gambar kad jemputan perkahwinan, Nora Danish akhirnya tampil menjelaskan hal yang sebenar mengenai isu yang dikatakan bakal bernikah dengan Mickey Ayo pada 8 September. Ini penjelasan Nora sendiri..
Tular beberapa hari yang lalu apabila pelakon cantik manis, Nora Danish berkongsikan gambar seorang lelaki berkopiah putih. Lelaki itu dikatakan seorang duda anak 2. Lebih hangat apabila viral lelaki tersebut memakai persalinan pengantin berwarna putih lengkap bersampin dengan kapsyen yang menambahkan lagi teka-teki.
Sana sini, warganet bercerita mengenai hubungan Nora dan lelaki berkopiah putih yang dikenali sebagai Mickey Ayo. Sesuatu yang membuatkan warganet merasakan Nora dan Mickey Ayo akan bernikah kerana kad undangan perkahwinan yang tertera huruf initial M dan N serta tarikh 8 September 2025.
Nora yang menyedari isu ini sedang hangat diperkatakan telah pun memuatnaik satu kapsyen di Instastory miliknya beberapa jam yang lalu. Di sini Nora memperjelaskan berita pernikahan yang tular itu agar ianya tidak terus menjadi tanda tanya orang ramai.

Nora berharap agar penjelasan yang diberikannya itu dapat memuaskan hati semua pihak dan tidak ada yang akan menyalahkannya. Sememangnya warganet memberikan tumpuan kerana Nora tidak pernah tercalit dengan apa-apa kontroversi dan gosip cinta selepas berpisah dengan Nadeem.
Jom baca perkongsian di bawah :

Ramai yang dapat menarik nafas lega setelah membaca perjelasan oleh Nora ini. Ianya hanyalah sekadar satu marketing daripada pihak syarikat dan tidak ada kaitan dengannya secara peribadi. Nora menghargai segala perhatian dan doa yang diberikan oleh peminat.

Sekarang semuanya sudah jelas dan moga tidak lagi ada yang mempersoalkan mengenai video tersebut. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan agar Nora ditemukan dengan jodoh yang baik dan soleh serta dapat memberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nora Danish, Tiktok Samping Exclusive
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hari kejadian comel ye masing-masing. Saham abang Jep dan kak Sari untuk ke syurga.. ” – Komen Netizen

