Artis / Selebriti
” Ralatlah, sanggup dia tipu anak dia.. ” – Nabil Ahmad
Video Nabil Ahmad bercerita mengenai penipuan terbesar yang arwah ayahnya pernah lakukan buat ramai sebak. Sedihnya tengok Nabil tahan sebak sambil bercerita. Radin dan Pak Azad pun sampai terkedu dengar..
Ayah digambarkan susuk tubuh yang kuat dan rela melakukan apa sahaja demi keluarga tersayang. Ayah individu yang tidak banyak bercakap tetapi kebiasaannya ayah memendam perasaan sendiri. Ramai ayah-ayah di luar sana yang rela membohongi anak-anak demi melihat anak gembira.
Meninjau entry di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nabil berkongsi cerita mengenai penipuan terbesar yang pernah arwah ayahnya lakukan ketika hidup. Sebelum ayah Nabil jatuh sakit, ayah Nabil dan ibunya ada muncul di rancangan MeleToP yang dihoskan oleh Nabil.
Mereka sekeluarga bersama produksi MeleToP membuat kejutan sempena hari lahir Nabil. Kata Nabil, ayahnya berjanji ketika itu mereka akan bertemu lagi pada minggu akan datang. Ayah Nabil mengatakan yang dia akan turun ke KL untuk berjumpa Nabil, namun sayangnya Allah lebih menyayanginya.

Ayah Nabil tidak dapat memenuhi janjinya itu kerana dia diserang sakit jantung dan mengalami kompilasi jantung yang teruk. Ayah Nabil disahkan meninggal pada 7 Oktober 2022 di Hospital Serdang. Nabil menahan sebak ketika bercerita dan itu adalah penipuan terbesar yang arwah ayahnya lakukan.
Jom tonton video di bawah :
Radin dan Pak Azad memahami apa yang Nabil rasakan. Nabil sendiri pernah mengatakan ketika bersiaran di rancangan MeleToP yang dia merasa sangat ralat kerana banyak lagi yang belum dia lakukan untuk membalas pengorbanan ayahnya.

Pak Azad pula mengatakan pandangannya secara personal, ianya bukan penipuan daripada seorang ayah kepada seorang anak tetapi ianya lebih kepada ayah ingin menjaga hati si anak. Apa-apa pun, semoga arwah ayah Nabil tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, Youtube Channel Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

