Connect with us

Artis / Selebriti

” Que ngorat Fazura dengan bazaar Ramadhan je guys. Legend.. ” – Komen Netizen

Video live terbaru Que Haidar dan Fazura buat peminat teruja. Amboi, pandai Que pancing Faz. Dah plan nak ke bazaar Ramadhan sama-sama. Comel je dua-dua blushing kena usik.. 

Gandingan Fazura dan Que Haidar untuk projek Jakel x Fazura 2026 mendapat perhatian warganet. Ramai yang melihat pasangan ini serasi apabila bersama. Baik Fazura, mahu pun Que memberikan kerjasama yang baik ketika berada di set. Mereka tidak hanya diusik di set Jakel, malah team tudung Fazura juga seronok mengusik.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Anistaqwa dan Miaelmiera, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan live terbaru Fazura dan Que. Fazura sebelum itu menjual tudung keluarannya dan ramai yang meminta untuk menjemput Que masuk ke live Fazura.

Ketika wajah Que timbul di skrin, wajah Fazura tiba-tiba blushing dan menunduk malu. Banyak moment sweet yang berlaku sepanjang live tersebut. Fazura memuji Que yang pandai bergaya dan baju hitam berkolar yang Que pakai ketika itu, menarik perhatian Fazura.

Que juga ada menyebut mengenai perancangan mereka berdua untuk ke bazaar Ramadhan bersama-sama nanti. Riuh team Fazura menyakat bos mereka itu dan semua ketawa melihat Fazura malu-malu. Ramai yang terhibur melihat telatah Que dan Fazura itu. Malu-malu tetapi tidak gedik, itu yang dikatakan oleh warganet.

Jom tonton video di bawah :

@anistaqwa

#fazura #quehaidar #abangjamil

♬ original sound – Anistaqwa – Anistaqwa

@anistaqwa

#fazura #quehaidar #abangjamil

♬ original sound – Anistaqwa – Anistaqwa

@miaelmiera

Ya Allah aku pun blushing niii..herlok sungguh Dua Dua niii…weiii xleh stop senyummm suka la Dua niii !! hahaha #fazura #quehaidar #fyp #viral #trending

♬ original sound – Gempak – Gempak

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :

” Masalahnya aku pun terikut sengih.. nampak mmg kak Faz ni segan sungguh. bang Jamil pun kuat nyakat eh.. “

” Wehh pestime nampak fazura seblushing ini haha.. lemah terus kaki tgk abg jamil.. Macam ni ke do orang tua bercinta.. “

” Weh aku smpai xleh tgk.. comel betul la c Que ni asyik nyakat faz. klau betul2 jadi xtau la nk kata apa.. hahahhahaa dia macam cringe tp cute tp macam tak mungkin tp kalau mungkin okay jugak.. HAHAHA gitu la perasaan aku.. “

” Kalau org2 matang ada bibit² manis mcm ni rupanya ye… blushing teruk dua².. pasal bazar tu depa borak dua je kut tu yg besar mata faz bila que kantoikan kat live haha.. “

” Comel je org tua mengorat.. suka tgok faz.. walaopn blushing sgt matang… x tegedik2.. depa ni ajak kita bercinta sekali ka apa.. 2 ketol ni Kami approve. Sepadan angat.. “

” Q ngorat Fazura dgn bazaar ramadhan jur gais..Lejen.. Org2 40an gitu la bila nk bercinta gi bazar ramadha,gi pasar tani,, haha.. “

” Comeynya diorg.. mcm bercinta zaman² sekolah.. malu² so cute.. Nampak mcm real ni.. faz blushing, que mmg nampak ada hati kt faz tu.. “

Pastinya ramai yang tersenyum  melihat telatah Que dan Fazura sepanjang live mereka itu. Sama ada ianya hanya sekadar marketing atau tidak, melihat Fazura gembira seperti ini sudah cukup menggembirakan peminat Fazura. Semoga Fazura dan Que murah rezeki selalu dan berkawan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Anistaqwa, Tiktok Miaelmiera 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Perfect Cushion

Trending

Copyright © Berita Kopak