Artis / Selebriti
” Qawiy jadi imam best, laju je 8 rakaat. Hari-hari seronok solat terawih.. ” – Netizen

Perkongsian Video Rakaman Qawiy Aro Menjadi Imam Solat Terawih Raih Perhatian Ramai. Alahai Qawiy, Merdunya Alunan Suara Tu. Bacaan Jelas Dan Tertib !!
Tebuk Ngaji memang sinonim dengan pemuda bernama Qawiy Aro ini. Ke mana sahaja Qawiy pergi, pasti content Tebuk Ngaji ini akan mencari ‘mangsanya’. Selain bergelar sebagai content creator, Qawiy juga diamanahkan sebagai imam untuk solat terawih pada tahun ini.
Meninjau akaun Tiktok Gwenarissa, telah dikongsikan satu video rakaman yang memaparkan suasana di dalam masjid ketika Qawiy menjadi imam. Suara Qawiy tak perlu didebatkan memang merdu bersama alunan taranumnya serta tajwid yang betul.
Cara Qawiy mengimamkan solat ini juga dipuji oleh warganet. Kebiasaannya pasti ada kejadian makmum mengantuk kerana bacaan imam yang terlalu panjang. Tetapi untuk makmum Qawiy, ianya tidak terjadi. Malah ada yang memuji seronok berimam dengan Qawiy.
Manalah tak seronok, taranumnya berlagu kena dengan suara Qawiy. Memetik komen warganet, Qawiy ini sesuai menjadi idola dan inspirasi kepada anak muda yang lain. Bijak ilmu dunia dan akhirat serta hafiz al-quran, memang layak menjadi ikutan ramai.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@gwenarissa 17 March 2024 6 Ramadhan 1445 Sebahagian Qiyam Ramadhan oleh Imam @qawiyaro @Masjid Al-Ubudiah Seksyen 19 #masjidalubudiah #seksyen19shahalam #ramadhan
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 94 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Idola anak muda Qawiy ni, tak kosong penuh ilmu di dada. Dia lebih kurang ustaz don jenis stylo dan berilmu.. ”
” Ya Allah engkau kurniakn la aku nnti anak lelaki macm qowi.. sedap suara, hafiz alquran, muda, jadi iman, ada rupa. full package.. ”
” Walaupun saya bukan Islam tetapi saya suka sangat setiap kali kalau Qawiyaro mengaji.. ”
” Eee suka sangat cara qawiy ni tau jadi minat nak belajar ilmu agama balik and baca quran.. klau macam ni hari2 tak lekang balik umah dok masjid saja.. ”
” Sejuk je hati dengar qowi jadi Imam.. Baca surah Al Fatihah alunan pn dh sdap, ni kalau qawi takbir raya mengalir air mata aku ni.. ”
” KLU saya makmum d belakang, cnfirm2 mgalir air mata setiap rakaat.. ya Allah, dosaku X terhitung. maafkan hambaMu ini ya Allah.. ”
” qawiy jadi imam best laju je 8 rakaat. bacaan jelas, takde gopoh tertib je. Kita yang makmum pun rasa seronok solat terawih.. ”
Alhamdulillah Allah anugerah Qawiy suara yang merdu didengar dan memberi semangat untuk orang lain untuk beribadat. Kalau sebegini sedap bacaan, memang tak terasa 8 rakaat terawih tu. Semoga Allah rahmati Qawiy selalu dan dikurniakan pahala yang melimpah ruah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok gwenarisa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral7 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti2 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen