Artis / Selebriti
” Punyalah humble Ning Baizura, siap belajar dengan original singer.. ” – Komen Netizen

Video Ning Baizura berlatih menyanyi lagu dangdut bersama Mas Idayu raih perhatian ramai. Wah humble sungguh Ning. Walaupun sudah lama dalam bidang nyanyian, masih berguru dengan Mummy Mas Idayu..
Meninjau di akaun TikTok rasmi milik penyanyi Ning Baizura, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan Ning sedang berlatih menyanyi bersama Mas Idayu. Sekadar info, pada minggu ini Ning akan membawa lagu dangdut bertajuk Senggol Senggolan, Cubit Cubitan di pentas Konsert Gegar Vaganza musim ke 11.
Menerusi video pertama, Ning mengucapkan terima kasih kepada Mas Idayu kerana sudi datang ke rumah untuk mengajar menyanyi lagu dangdut dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengannya. Menerusi video kedua dan ketiga pula, Ning menyanyi dan Mas Idayu mendengar nyanyian Ning.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang kagum dengan kesungguhan Ning untuk cuba mempelajari genre dangdut. Ada peminat menyifatkan Ning seorang penyanyi yang sangat humble, kerana walaupun sudah lama dalam industri muzik, Ning masih lagi minta Mas Idayu untuk mengajarnya.
Selain itu, ada juga mengatakan walaupun hanya mendengar sedikit sahaja nyanyian Ning, mereka yakin Ning akan membawa lagu dangdut tersebut dengan baik pada minggu ini. Sehingga kini, video Ning sedang berlatih menyanyi bersama Mas Idayu telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ningbaizuraofficial @Mas Idayu Mesnun Hahahah siapa itu???
♬ original sound – NINGBAIZURAOFFICIAL – NINGBAIZURAOFFICIAL
@ningbaizuraofficial assalamualaikum alhamdulillah masya-Allah Tabarakallah alhamdulillah bila dapat belajar daripada penyanyi asal memang meremang ya..terima kasih Mummy sudi ajar Ning seikhlas ikhlasnya semlm. hari ini belajar lagi Lenggok Lenggok dangdut.. tak mudah 🤪insya-Allah Ning akan cuba bawa aura lagu ni bersama dengan ilmu Mummy Ahad ni di GV 11. Mummy ni seorang yang sangat baik hati tegas berdisiplin inspirasi kita tau… terima kasih sudi datang rumah kita yang tak seberapa ni. terima kasih luangkan masa tenaga duit minyak ilmu, ketawa, semua buat NING ..Alhamdulillah semoga Allah permudahkan segala urusan dan jaga kesihatan Mummy sekeluarga insya-Allah amin.. Ning takkan lupa.. jasa baik mummy ni..kita rock & dangdut kan MBSA Ahad ni..JOMMM eh ah eh ah Insyaallah Amin 🤲🏽🤲🏽🤲🏽🤲🏽 mamasidayu1001umummyesenggolsenggolancubitcubitanadangdutkikhlasalajariningbaizurayfypalatihanvgv11@Mas Idayu Mesnuna@Vaganzers Superfanse@Gempak
♬ original sound – NINGBAIZURAOFFICIAL – NINGBAIZURAOFFICIAL
@ningbaizuraofficial Semoga Abadiiiii lagi… Semoga Adaaabiii heheehhe latihan yg paling kuat buat kita berpeluh satu badan peluh ketiak pun ada.. 🤣🤣🤪dah paham baru boleh buat betul betul… Insyaallah Tq Mummy cayangggggg u.. ning akan rilex dan tenang kan.. stail.. dan cube.. stail Ning berdangdut Senggol Senggolan Cubit Cubitan.. ngan gedik Ning haahah (hadoi) cabarannya 🤣🤲🏽.. Takpe suke cabaran cenggini.. Doakan ya gais.. ok dah nak lancar kan lagi.. love u all.. @Mas Idayu Mesnun Hebat Mummy.. suke tunjuk ajar Mummy.. Alhamdulillah .. Insyaallah ku kena lajar lancarkan lenggok dangdut ku.. Insyaallah Aaamin.. 🤲🏽🤲🏽🤲🏽🤲🏽🤲🏽🤲🏽🤲🏽@Adabi_Consumer #mummy #masidayu1001 #senggolsenggolancubitcubitan #dangdut #ikhlas #ningbaizura #fyp #fyp #gv11 #latihan #ningbaizuraviral #week10
♬ original sound – NINGBAIZURAOFFICIAL – NINGBAIZURAOFFICIAL
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dengar sikit pun dah tahu mesti sedap Ning bawa lagu ni. Good luck tau Ning.. Saya harap Ning akan bergelar juara nanti.. “
” Harap sangat Ning baizura juara gegar vaganza… Sebab dia Ada market yang bagus.. Kena ingat ye… Diorang Akan angkat yang boleh ‘Jual’ lepas pertandingan.. “
” Bestnya… Serius aku masa mula2 tak expect kak ning boleh bawa lgu lain.. Sekali dh tertunggu-tunggu pulak dia nyanyi…. Keep it up kak.. “
” Humble betul Ning ni, walaupun dia memang dah lama jadi penyanyi, masih minta untuk belajar berlatih menyanyi.. Kagum betul.. “
” Contoh penyanyi yg tak malu utk terus mengali ilmu.. Terbaiklah Ning.. Mas Idayu pula tak lokek ilmu.. Suka tengok video ni tau.. “
” Kak Ning banyakkan buat senaman cardio dpt bantu breathing teknik juga tau. Sbb lagu mommy tu byk pakai nafas panjang.. “
” Wowwww.. Punyalah humble Ning Baizura siap belajar dgn original singer. Subhanallah.. Jujur cakap, tak sabar nak dengar dangdut Ning baizura.. Mmg lain Dari lain ni.. Mesti boomm.. “
Untuk info, konsert minggu suku akhir Gegar Vaganza adalah bertemakan rock & dangdut. Apa-apa pun, pujian harus diberikan kepada Ning. Semoga segala usaha yang dilakukan untuk menyanyi lagu dangdut ini akan membuahkan hasil. Kalau ada rezeki, inshaAllah pada minggu ini sekali lagi Ning akan bergelar juara mingguan.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok ningbaizuraofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen