Artis / Selebriti
” Punyalah dia teruja jumpa Fattah Amin. Lawak betul Acap, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Acap S yang begitu teruja dapat live bersama Fattah Amin buat ramai terhibur. Amboi Acap, berapa kali duk usap Fattah, excited betul. Siap minta pakai spek mata nak bagi nampak seiras dengan Fattah tu yang tak tahan. Last-last pening kepala, haha..
Meninjau di akaun TikTok pemilik akaun bernama iamanwararep, telah dikongsikan video yang memaparkan influencer, Acap S sedang bersedia untuk live mempromosikan produk Rissa Skin bersama dutanya, Fattah Amin. Menerusi video itu, pada awalnya kelihatan Acap bergitu teruja dapat bertemu empat mata dengan Fattah.
Acap tak berhenti-henti menyakat Fattah dan mengatakan wajahnya ada iras seperti Fattah. Bahkan bukan itu sahaja, seloroh Acap kepada warganet, dia dapat memegang Fattah. Kata Acap lagi, kalau dilihat wajahnya dengan Fattah seperti ada iras.
Paling mencuit hati, Acap juga meminta sesiapa yang mempunyai spek mata untuk dia memakainya kerana mahu kelihatan seperti Fattah yang juga memakai spek mata. Perkongsian video ini telah mengundang tawa di kalangan warganet.

Ada yang mengatakan begitu terhibur melihat telatah Acap yang begitu teruja dapat berjumpa dengan Fattah. Selain itu, ada juga mengatakan live Fattah bersama Acap semalam sangat mencuit hati. Sehingga kini, video Acap bersama Fattah telah menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@iamanwararep._09 #fyp #tiktoklive #acaps #fattahamin #randompost korang pergi support ketua kita & abang long dekat live @Rissaskin sekarang @Acap S @FattahAmin goodluck akhirnya berjumpa pun 🙌🏻🤗
Di ruangan komen, rata-ratanya meyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Punyalah dia teruja jumpa Fattah Amin, lawak betul Acap, haha.. Tapi macam seiras juga wajah mereka berdua ni kan kalau tengok.. “
” Hensem acap lgi dri patah almumukmim, haha.. Alhamdulillah rezezi .. Pahala kongsi bersama.. Terbaik lah Fattah dan Acap.. “
” Fattah handsome, pakage lengkap. Dua2 ada kelebihan masing-masing.. Kelakar tengok Acap siap pakai spek lagi nk juga jadi kembar Fattah.. “
” Hahhahahaha dapat pegang, lawak betul Acap, teruja betul tu.. Kejap-kejap pegang Fattah.. Fattah pun melayan perangai Acap, haha.. “
” Cara Acap mengingat saya lawak jozan dlm ML. Ok juga Acap ni bagi saya.. Dia ni memang kelakar kalau tengo live dia selalu.. “
” Siap bau Acap, haha.. Mana yang sama Acap oi, hahahahha.. Nampak lah teruja Acap dapat jumpa Abang Long kan, hehehe.. “
” Aku gelak bila Acap cakap dapat pegang Fattah Amin, haha.. Lelaki pun teruja juga yer rupanya bila dapat jumpa Fattah, haha.. “
Tak kering gusi melihat Acap mengusik Fattah. Bagi yang mengikuti Acap di akaun media sosial miliknya, pasti mengetahui yang Acap seorang yang kelakar dan suka menyakat orang. Apa-apa pun, riuh rendah live malam semalam apabila Acap dan Fattah bergabung. Seorang suka mengusik, seorang lagi melayan sahaja, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok iamanwararep._09
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara Yosh. Merinding dengar, lunak dan gemersik macam Amira Othman.. ” – Komen Netizen


