Artis / Selebriti
” Powerlah Bella. Bukan senang orang China nak panggil orang Malaysia kita. Tahniah Bella.. ” – Netizen
Video Persembahan Bella Astillah Di China Raih Pujian Ramai. Wah Bersorak Semua Penonton Dengar Menyanyi. Siap Nyanyi Lagu Cina Lagi. Hebat Lah Bella !!
Sebagaimana yang dilaporkan oleh Harian Metro Online, Bella Astillah mendapat tawaran untuk membuat persembahan di negara China pada 30 April 2024. Bella turut memaklumkan dia mewakili Cherry dan tidak sabar untuk melaksanakan amanah yang diberi kepadanya itu.
Meninjau entry terbaru Bella Astillah, telah dikongsikan video yang memaparkan suasana ketika Bella menyempurnakan persembahan nyanyiannya itu. Berhadapan ribuan penonton yang berada di situ, Bella menyanyi dengan cukup baik.
Tepukan gemuruh dan sorakan bergema kedengaran apabila Bella mula menyanyi. Bella membawakan 2 buah lagu untuk melengkapkan persembahannya ini. Persembahan pertama berupa lagu dalam bahasa Cina dan nyanyian Bella begitu merdu sekali.

Persembahan kedua pula, Bella menyanyikan lagu Sumandak Sabah dan penarinya juga turut menari tarian sumandak. Bangga sungguh orang Malaysia melihat pencapaian Bella ini. Bella sendiri merasai bangga sebagai anak Malaysia dan anak Sabah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Bella ini setakat ini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Powerlah bella. Bukan senang² org china nk pggil org msia kita .. Tahniah Bella…Orang baik dan sabar rezekinya murah.. ”
” Wooow meletop lah Bella.. rezeki dia smpai ke atas Tuhan bg.. Ada hikmah apa di sebalik apa tjadi.. ”
” Rise and Shine bellaastillah . Tgk bella nyanyi lagu bahasa cina & lagu sabah .. mantapppppp. Dah mcm tengok dalam filem plk.. ”
” Pelakon biasa di mata mertua.. tapi tetap luar biasa di mata peminat bella .Terbang lah bella setinggi yg boleh supaya kamu dapat melihat dunia yg oernah merendahkan kamu satu tika dulu.. ”
” Yeah.. lagu Sabah di China, all the best Bella.. Perghhh, terbaik Bella. Proud of you.. Ini baru ambasador terbaik .. Good choice.. ”
” Semoga terus suksess buat Bella .. Bella akan terbang tinggi dan akan lebih berjaya.. Nahhhhh rezeki mencurah2 Alhamdulillah.. ”
” Mak AA cakap bella pelakon biasa penyanyi biasa. Sekali nahh. International terus. Fly high bella.. ”
Rezeki Allah beri kepada orang yang sabar dalam menghadapi dugaan. Bella kini sudah melangkah ke peringkat antarabangsa. Semoga satu demi satu kejayaan akan hadir dalam hidup Bella dan Bella bahagia selalu bersama anak-anak tersayang. Tahniah Bella.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen



