Artis / Selebriti
” Plot twist betul mama eh yang last tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Sheila Rusly membuat kejutan istimewa buat anak dan menantunya, Luth Mikhail dan Beatrice Chitra sempena ulangtahun perkahwinan mereka buat ramai terhibur. Part last tu memang tak sangka. Plot twist sangat, haha..
Bagi yang gemar mengikuti Sheila Rusly mahupun menantu-menantunya, Elisya Sandha dan Beatrice Chitra, pasti mengetahui bahawa keluarga ini sering berkongsi video-video yang mencuit hati sehingga mengundang tawa warganet yang menontonnya.
Terbaharu, meninjau di akaun Instagram Sheila, telah dikongsikan sebuah video terbaru yang memaparkan Sheila membuat kejutan istimewa kepada anak dan menantunya Luth Mikhail dan Beatrice sempena ulangtahun perkahwinan mereka. Menerusi video tersebut, Sheila meminta Beatrice untuk mengenakan pakaian yang cantik kerana dia telah menempah candle light dinner.
Beatrice kelihatan begitu teruja dan memberitahu Luth bahawa Sheila merupakan seorang ibu mentua yang baik kerana menghadiahkan candle light dinner buat mereka. Namun begitu, apa yang mencuit hati warganet adalah apabila mereka tiba di lokasi tersebut, Beatrice terkejut melihat kejutan sebenar yang ditempah oleh ibu mertuanya itu.

Manakan tidak, candle light dinner yang ditempah oleh Sheila rupa-rupanya diadakan di sebuah warung makanan tepi jalan. Walaupun begitu, meja makan tersebut dihias cantik dan telah terhidang pelbagai juadah, menjadikan suasana tetap istimewa. Perkongsian video ini menghiburkan ramai warganet yang menontonnya
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video ini dan tidak ketinggalan juga turut memberikan ucapan sempena ulangtahun perkahwinan Luth dan Beatrice. Antara komen-komen menarik yang ditinggalkan ialah:
” Plot twist betul mama eh yang last tu, haha.. Time mak mertua membalas ke ank menantu yee btw shoo cute.. “
” Candle light dinner anniversary di warung, hahahaa mantap bangat sis.. Dalam kelakar, ada juga tu sweetnya kan, hehe..
” Nasib baik dia tak ikut cakap mak, jangan pakai selekeh selekeh.. Happy Anniversary love birds, moga till jannah.. “
” Mana nak cari mak mentua mcm ni, beruntunglah Beatrice dan Elisya.. Selamat ulang tahun perkahwinan sis Beatrice n husband.. “
” Kejutan dari mama Sheila benar2 di luar prediksi bmkg hahaha.. Happy anniversary Beatrice n encik suami.. “
” Ya Allah .. Comel laa sis dgn menantuHappy anniversary, love birds.. Nasib mama you’ll tak buat candle light dinner kat zoo tauuu, ahaha.. “
” Happy anniversary Beatrice & Lut Mikhail.. Dpt the best MIL siap book “candle lighthing ”paling awesome.. Haha sedap kan.. “
Bukan sahaja mengundang gelak tawa, video ini juga mencerminkan kasih sayang dan keakraban hubungan antara Sheila dengan anak dan menantunya. Semoga momen-momen manis seperti ini terus mewarnai keluarga mereka dan menjadi inspirasi bahawa kejutan penuh kasih sayang tidak semestinya mahal, tetapi ikhlas daripada hati.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sheilarusly_jspictures
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen

