Artis / Selebriti
” Pertama kali saya cuba masak kari ayam, harap Sky suka apa yang saya masak.. ” – Ridzokumura
Video Ridzokumura pertama kali memasak untuk anaknya, Sky raih perhatian ramai. Wah, berselera Sky makan. Bagus sungguh Sky, appreciate sangat masakan daddy dia. Sebak pulak tengok..
Meninjau di akaun Instagram milik usahawan, Ridzkumura, telah dikongsikan video yang memaparkan Ridz memasak satu menu untuk anaknya, Sky. Kata Ridz menerusi video itu, ini adalah kali pertama dia cuba memasak kari ayam untuk anak tunggalnya itu.
Tulis Ridz, dia berterima kasih kepada seorang sahabatnya dan rakan-rakan media sosial yang membantunya memberikan tunjuk ajar cara memasak kari ayam tersebut. Sky kelihatan sangat teruja untuk mencuba masakan ayahnya.
Ridz ada bertanya kepada Sky, adakah kari ayam yang dimasaknya itu sedap. Sky berkata masakan ayahnya sangat sedap dan kelihatan Sky terus meletakkan kesemua kari ayam yang ada di dalam mangkuk ke dalam pinggan nasinya. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang meluahkan rasa kagum melihat kesungguhan Ridz memasak untuk Sky. Selain itu, mereka juga memuji sikap Sky yang penuh beradab dan sopan ketika menjamu selera. Sehingga kini, video Sky mencuba masakan ayahnya telah menerima ratusan komen serta puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian video ini, ramai yang memuji masakan Ridz kelihatan sangat menyelerakan. Antara komen-komen menarik adalah :
” Walaupun arwah tak ada lagi di dapur, kasihnya masih terasa dalam setiap suapan. Semoga setiap masakan yang dimasak jadi pengganti rindu dan pengubat jiwa ~ untuk anak, dan untuk hati sendiri.. “
” Well done daddy Sky.. Sayang Sky.. Wishing you success in everything that you do.. So sweet bapa terbaik Ridz.. “
” Ajaran arwah mummy… Makan sopan, walau sebutir nasi dia amik makan.. Gud job sky, jadilah anak penenang hati daddy.. “
” Masya Allah tabarakallah.. Berselera Sky masak msakan ayah dia.. Seronok tengok sky enjoy eating. Tak cerewet.. “
” Allahuakbar klu ank komen sedap, penat msk utk dia pn tk apa.. Sejuk hti tgk riz dia hargai apa ayah dia bt utk dia.. “
” Handsome guy sudah sky… Mommy tgk mesti bangga and happy.. Be a good son sky.. Doa utk mommy byk2.. To abg.. Stay strong.. “
” Get the right gadget to help you in the kitchen.. Im sure you can afford it and be able to learn fast. Tahniah dah ada peningkatan.. “
Nampak menyelerakan kari ayam yang dimasak oleh Ridz, patut lah ramai yang memuji. Apa-apa pun, semoga dengan apa yang dilakukan oleh Ridz ini dapat lah mengubati rindu Sky terhadap arwah ibunya yang sebelum ini sering memasak untuknya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen

