Artis / Selebriti
” Perghh meremang seh dengar dia baca Al-Quran. Suara dia sedap dah macam qariah.. ” – Komen Netizen
Video Amira Othman mengaji secara live dalam program MeleTOP raih pujian ramai. Fuh bukan biasa-biasa surah pilihan Amira. Suara Amira mengaji masya Allah, Namie dan Ustazah Asni pun terpegun. Alhamdulillah..
Sepertimana tahun lalu, MeleTOP Moreh kembali menghiasi kaca TV penonton. Untuk episod semalam, penyanyi dan pelakon yang namanya meniti di bibir peminat sejak kebelakangan ini iaitu Amira Othman dijemput sebagai pengacara MeleTOP Moreh bergandingan bersama Namie.
Banyak pengisian ilmu agama dibawakan sepanjang program ini dan salah seorang jemputan adalah Ustazah Asni Mansor. Menerusi perkongsian di akaun Instagram MeleTOP, telah dikongsikan sedutan video suasana di studio MeleTOP Moreh ketika Amira dan Namie beramah mesra bersama Ustazah Asni.
Ustazah Asni sememangnya dikenali memiliki suara yang merdu ketika mengaji. Kali ini, Ustazah Asni membuat permintaan khas untuk mendengar Amira mengalunkan bacaan surah Al-Quran. Amira berbesar hati dengan permintaan tersebut dan mencuba yang terbaik.

Surah Al-Baqarah ayat 121 sehingga 122 dialunkan oleh Amira dengan cukup sempurna. Suara lunak merdu Amira itu membuatkan semua teruja. Bacaannya tidak bersahaja dan disertai dengan taranum yang merdu. Tidak puas warganet mendengar suara Amira itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Full package aku insecure dengan perempuan macam amira othman ni. Dari cara dia baca tu boleh tahu rajin mengaji ni. Terbaik Amira Othman.. “
” Sebb tu jodoh Amira ni lambat . perempuan perfect . Allah simpan yang baik juga untuk dia. Allah jaga daripada dpt jodoh yg sebaliknya.. “
” Sedapnya suara amira mengaji… sayu je dengar tetapi seronok. taranum dia tu best sangat.. terbayang bayang masa majlis khatam al quran time kahwin nanti.. “
” Kalau macam ni bukan setakat fattah amin je nak, saya pun nak.. tak salah pilihan bam pattah kali niii. kami setuju sah.. “
” Dah la lawa, pandai ngaji pulak.. Abang long senyum tengok ni. Nie bkn kata abg long ja senyum… Bakal mak mertua pun tersenyum nie .. “
” Subhanallah… MasyaAllah…mmg pakej lengkap Amira Othman ni.. untung sape yg dpt memilikinya.. “
” Sungguh cm namie ckp hantaran naik ni.. kompom family fattah and fattah tersenyum2 dari jauh tgk mira mlm ni.. yg ni baru sekufu.. “
” Perghhh meremang seh dgr dia baca Al-Quran… suara dia sedap dah macam qariahh. Dia sebut auzubillah pun sedap sdh.. “
Lontaran suara dan taranum yang sangat indah daripada seorang bernama Nadia Amira. Beruntung lah siapa yang dapat memperisterikan Amira nanti. Bukan hanya menyanyi sedap, mengaji pun sampai menusuk ke hati. Semoga Amira sentiasa istiqamah dan menjadikan Al-quran sebagai pendampingnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa

