Artis / Selebriti
” Pergh cl0ne Sudirman, sedapnya suara adik ni. Macam dengar kaset Sudirman.. ” – Netizen
Video Nyanyian Arish Mikael Di Konsert Tribute Allahyarham Sudirman Buat Ramai Yang Terpesona. Fuh Suara Arish, Memang Serupa Betul Dengan Sudirman. Suara Telan Kaset Ni, Terubat Rindu !!
Konsert Tribute Allahyarham Sudirman menampilkan Ernie Zakri, Liza Aziz, Hazama dan Arish Mikael. Diiringi muzik dari Malaysian Philharmonic Orchestra, persembahan pada konsert ini hebat-hebat belaka. Nyanyian Arish Mikael antara yang mendapat banyak pujian kerana memiliki suara sama seperti Allahyarham Sudirman.
Meninjau akaun Instagram Sinar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Arish mendendangkan lagu berjudul Anak Gembala. Mendengar lengguk suara Arish, seperti mendengar suara Sudirman yang menyanyi. Kelunakannya dan lantunan suara, boleh dikatakan hampir 100% sama.
Terhibur sungguh warganet menonton persembahan oleh Arish ini. Anugerah daripada Allah kepada anak muda ini, dari busker di jalanan, Arish sudah sampai ke tahap ini. Terubat kerinduan para peminat Sudirman apabila mendengar Arish menyanyi. Bukan mudah untuk menyanyi bersama kumpulan orkestra, terbaik lah Arish.

Melihat kepada komen daripada warganet, ramai yang menyangka itu adalah suara Sudirman. Kata mereka lagi, meremang bulu roma mendengar suara emas Arish itu. Bukan muka sahaja yang ada pelanduk dua serupa, suara pun ada tetapi yang ini memang serupa.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, lebih 12 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Masyallah… terbayang arw4h sudirman menyanyi atas pentas… naik bulu roma tengok.. terima kasih dik.. ”
” Perghhhhhhhh,,sudirrrrrrrrr clone.. Suara dia pun macam almarhum Sudirman. sedapnya suara adik ni.. ”
” Ingat anak dgr lagu2 arwah Sudir rupanya dia tengok video ni mlm td… Anak yg muda pun terpesona dgn suara penyanyi ni yg mirip arwah Sudir, the one n only.. ”
” Terrbbaikkk… tak semua penyanyi mampu & dapat menyanyi dengan orkestra…. paduu.. vokal mirip sudirman, nyanyian bertenaga.. ”
” MasyaAllah, sekali dia lontar suara dia saling x tumpah sama ibarat roh arwah sudirman masuk ke dlm dirimu dik….. best stylo slay semua ad lah.. ”
” Dia ni yg nyanyi ngan busker tu kan? Kalau betul dia mmg power la.. From tepi jalan to dewan orchestra.. dia nmpk confident walau pun baru… dgn orkestra Tu bukan mudah.. ”
” Anugerah Allah pada insan seni.. Dari jalanan kepentas orkestra… terlepas rindu pada arw4h sudirman. Terasa macam dengar kaset sudirman, aura sudirman haji Arshad.. ”
Suara yang dirindui oleh ramai peminat, walaupun hanya ‘clone‘ suara Sudirman yang mendendangkan cukup membuatkan peminat gembira. Tahniah Arish Mikael dan semoga Arish semakin maju jaya pada masa akan datang serta menjadi bintang yang bersinar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar, Tiktok Arish Mikael
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti4 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku tak boleh la tengok baby ni. Lebih 10 kali aku ulang tetap berdekah ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Makin power suara Hadie, nyanyi live sedap sangat. Makin yakin atas stage.. ” – Komen Netizen



