Viral
” Penggalian kubur akan dilakukan petang ini setelah perintah diperolehi.. ” – Peguam

Perkembangan terkini mengenai isu gali kubur Zara Qairina raih perhatian warganet. Ini kenyataan rasmi daripada peguam..
Setelah team peguam yang mewakili ibu arwah Zara Qairina mengemukakan permintaan agar kubur anak kepada anak guam mereka itu digali semula, ianya mendapat kelulusan dari Jabatan Peguam Negara dan satu perintah secara rasmi telah pun dikeluarkan semalam.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Facebook Marhamah Rosli, telah dikongsikan perkembangan terkini berhubung perintah tersebut. Hasil campurtangan daripada pihak atasan, kubur arwah Zara akan digali pada petang ini setelah perintah diperolehi.
Menurut laporan portal Astro Awani, proses untuk penggalian semula kubur Zara Qairina Mahathir dijangka akan dilakukan pada sekitar jam 4 petang ini di Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol, Sipitang. Ini sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai pejuang Justice For Zara.
Untuk makluman, solidariti untuk adik Zara mendapat sambutan yang hangat semalam. Ramai orang berhimpun di Tawau, Sandakan dan juga Lahad Datu yang terdiri dari pelbagai lapisan umur, agama dan kaum. Malaha ramai juga yang terbang dari Semenanjung ke Sabah demi untuk menunjukkan sokongan mereka untuk Zara.
Jom baca perkongsian di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan.. semoga keadilan berpihak buat zara. anak syurga Zara Qairina.. “
” Semoga Allah beri petunjuk kpd kebenaran dan memberi balasan kpd mereka yg menzalimi arwah Zara.. “
” Semoga semuanya terjawab.. Semoga dipermudahkan urusan penggalian pada petang ini.. aminn ya rabb.. “
” Berdebar pula aku. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan semoga dgn cara ini dpt merungkai segala persoalan… Aamiin Keadilan buat Arwah Zara.. “
” Moga dipermudahkan utk arwah zara dan semua yg terlibat dlm melaksanakan pengalian ptg ni.. “
” Ya Allah.. ya rahman , ya jabbar, tuhan sekalian alam, tuhan maha tahu segala sesuatu. permudahkan urusan kelaurga arwah zara untuk menuntut keadilan.. perkenankan doa kami ya Allah.. “
” Semoga cuaca baik2 saja hari ni dan semuanya dpt berjalan dgn lancar.. JusticeForZara.. keadilan yang sebenar-sebenarnya.. “
Debaran kian dirasai dan pastinya ramai yang ternanti-nanti proses penggalian ini. Semoga urusan bedah siasat dan post mortem jenazah Zara akan berjalan dengan lancar dan punca kematian Zara akan diketahui secepat yang mungkin untuk melerai segala spekulasi yang timbul. Teruskan laungan Justice For Zara sehingga keadilan diperolehi.
Silakan SHARE..
Sumber : FB Marhamah Rosli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral3 days ago
” Saya berjaya menghubungi, berbual dan whatsapp dengan tuan punya komen tu.. ” – Mona Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Tone suara Abbas sama dengan Bilal. Slang cakap English pun lebih kurang, best dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cinta tak semestinya memiliki, dah ada contoh hebat. Besar hati kak Erma ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago
” Betul ke ibu cakap Nyamma tak pandai dan tak comel ? Mohon confirmation untuk isu ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Makeup simple, tak berinai, baju loose tak ikut shape, serius love sangat. Simple but pretty.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” ‘Saya macam haiwan, hidu hidu pergi ke saluran bau’. Berdekah aku Amayan oii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adoi lawak lah, Papa dah pandai nak caras Mama. Sikit lagi jari tu nak masuk lubang hidung.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Yang last tu berdekah aku. Lawak parodi ni, haha.. ” – Komen Netizen