Artis / Selebriti
” Pembantu rumah pun dia siapkan cantik, kalau dapat bini aku rasa dia jaga bak bidadari.. ” – Netizen
Video Usahawan Kosmetik, Ahmad Iqbal Mengubah Penampilan Pembantu Rumahnya Raih Pujian Ramai. Wah Last Sekali Tu Tak Nampak Langsung Gaya Macam Pembantu Rumah. Pandai Iqbal Cantikkan Pembantu Rumah Dia !!
Meninjau di akaun Instagram usahawan kosmetik, Iqbal telah dikongsikan video yang memaparkan Iqbal bersama pembantu rumah barunya yang berasal dari Filipina yang dikenali sebagai Mina. Menerusi video itu, Iqbal cuba mengubah penampilan Mina untuk kelihatan kemas dan cantik.
Kelihatan Iqbal sedang memilih beberapa beg yang sesuai buat Mina dan meminta Mina untuk bersolek. Sebelum ini ada beberapa video memaparkan Iqbal telah membawa Mina membeli pakaian dan beberapa keperluan lain untuk Mina.
Tulis Iqbal di ruangan kapsyen, Mina layak mendapat apa yang diberikan kerana sikap Mina begitu menyenangkan semua orang di dalam rumah Iqbal. Bahkan akui Iqbal lagi, dia hanya mahukan Mina berasa gembira ketika berkerja dengannya.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan betapa beruntung Mina mendapat majikan yang baik dan pemurah seperti Iqbal dan berpesan kepada Mina agar bersikap amanah ketika berkerja kerana majikannya itu melayannya dengan baik.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian oleh Iqbal ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pembantu rumah pun dia siapkan cantik, kalau dapat bini aku rasa dia jaga bak bidadari.. Satu benda yg aku salute Iqbal nie.. Pandai hargai org2 sekeliling dia.. Ye dia berduit.. Itu cara dia.. “
” Ahmdullilah, baik dan berbudinya kita kpd pekerja tanpa mengira agama, bangsa dan tahap pendidikkannya, insaallah kita kn mendapat pulangan yg terbaik dan diredhai.. “
” Alhamdulillah. Moga bibik ikhlas, jujur, bertanggungjawab pada majikan. Majikan mengambil berat tentang kamu.. Terbaik lah Iqbal.. “
” Rezeki Mina bekerja dgn Iqbal, moga dia bkerja dgn ikhlas, setia n penuh tggjwb terhadap amanah dan hospitality yg diterima. Bkn mudah nk dpt majikan yg murah hati.. “
” Suka tgk cara dia berckp nada yg lembut je.. Layan pekerja.. Orng yg sngt baik hati.. Semoga Allah permudahkan dan merahmati.. Aamiin.. “
” Baik betul Iqbal sebagai majikan menjaga pembantu rumahnya.. Mcm perunding imej la Iqbal.. Sy nak juga lah jadi bibik, hehee.. “
” Masya Allah beruntung nye dpt majikn baik hati pemurah hati yg mulia semoga sentiasa dpermudahkn urusan kebaikn dunia dn akhirat.. “
Cantik Mina lepas bersolek dan memakai baju yang dibelikan oleh Iqbal. Kalau cakap bukan pembantu rumah pun mesti ramai yang percaya. Sikap seperti Iqbal patut diberikan pujian kerana Iqbal melayan pekerja sudah seperti ahli keluarganya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ahmadiqbalzulkefli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen



